SENARAI MENTERI BESAR KETUA MENTERI NEGERI PREMIER SARAWAK TERBARU
Kepada anda yang ingin mengetahui senarai nama Menteri Besar, Ketua Menteri Setiap Negeri di Malaysia dan Nama Premier Sarawak terkini, disini kami akan kongsikan kepada anda.
APA ITU MENTERI BESAR
Menteri Besar secara harfiah Menteri Pertama atau dalam bahasa Inggerisnya First Minister ialah ketua kerajaan setiap sembilan negeri di Malaysia yang mempunyai Sultan dan Raja. Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
APA ITU KETUA MENTERI
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri. Ketua menteri adalah bagi negeri Pulau Pinang, Melaka dan Sabah.
APA ITU PREMIER SARAWAK
Premier Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022
GELARAN BAGI MENTERI BESAR, KETUA MENTERI DAN PREMIER
Mengikut protokol, semua diberi gelaran terhormat Yang Amat Berhormat atau Singkatannya YAB.
SENARAI NAMA MENTERI BESAR
Terkini, berikut adalah merupakan senarai nama Menteri Besar bagi setiap negeri di Malaysia yang mempunyai Sultan dan Raja serta Parti terkini iaitu:
NEGERI | NAMA | PARTI |
PERLIS | Mohd Shukri Ramli | PAS |
KEDAH | Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor | PAS |
PERAK | Dato’ Saarani Bin Mohamad | UMNO |
SELANGOR | Dato’ Seri Amirudin Shari | PKR |
NEGERI SEMBILAN | Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun | PKR |
JOHOR | Datuk Onn Hafiz Ghazi | UMNO |
PAHANG | Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail | UMNO |
TERENGGANU | Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar | PAS |
KELANTAN | Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob | PAS |
NOTA: Senarai Menteri Besar ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat perubahan.
SENARAI NAMA KETUA MENTERI
Terkini, berikut adalah merupakan senarai nama Ketua Menteri bagi setiap negeri di Malaysia yang tidak mempunyai Raja atau Sultan serta Parti terkini iaitu:
NEGERI | NAMA | PARTI |
PULAU PINANG | Chow Kon Yeow | DAP |
MELAKA | Datuk Hj. Sulaiman Bin Md. Ali | UMNO |
SABAH | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor | BERSATU |
NOTA: Senarai Ketua Menteri ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat perubahan.
SENARAI NAMA PREMIER SARAWAK
Terkini, berikut adalah merupakan senarai nama Premier bagi negeri Sarawak serta Parti terkini iaitu:
NEGERI | NAMA | PARTI |
SARAWAK | Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg | Gabungan Parti Sarawak (PBB) |
NOTA: Senarai Premier Sarawak ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat perubahan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai nama Menteri Besar, Ketua Menteri Setiap Negeri di Malaysia dan Nama Premier Sarawak terkini, anda boleh merujuk website rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri
ARTIKEL LAIN
Senarai Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Merdeka / Hari Kebangsaan