CARA LANGGAN SERVIS PENGASUH (Babysitter Service Kiddocare & Sitly)

CARA LANGGAN SERVIS PENGASUH (Babysitter Service Kiddocare & Sitly)

SERVIS PENGASUH

Kini ada aplikasi telefon pintar yang menyediakan servis pengasuh di mana anda hanya perlu tempah bila mahu. Begitu mudah sekali. Sama macam perkhidmatan e-hailing Grab! Request saja!

Terdapat pelbagai pilihan aplikasi yang menawarkan perkhidmatan mengasuh anak anda. Kami menyediakan beberapa info berkenaan aplikasi tersebut.

Aplikasi Babysitter Kiddocare

Servis pengasuh ini dipanggil KiddoCare, dan ia adalah hasil kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Untuk menggunakannya, register di www.kiddocare.my. Anda boleh pilih berapa lama anda perlu menggunakan servis ini (paling minimum 2 jam satu syif), dan tetapkan berapa orang anak untuk dijaga (maksimum 3 orang anak untuk satu syif).

Sistem program ini akan mencari babysitter yang ada berdekatan dengan rumah anda, berdasarkan preference anda; nak yang English-speaking ke, nak yang mahir dalam sesuatu bidang ke, ataupun nak yang mempunyai rating tinggi (gred diberi oleh KiddoCare).

Sebaik saja tempahan dan bayaran telah dibuat, KiddoCare akan menghantar babysitter yang dipilih ke rumah pelanggan.

Selain itu, KiddoCare juga menawarkan pakej penjagaan basic ataupun premium. Jenis yang basic hanya menawarkan penjagaan asas. Jenis premium pula menawarkan servis babysitter yang lebih menyeluruh termasuklah aktiviti-aktiviti yang merangsang perkembangan otak kanak-kanak tanpa menggunakan gajet.

SERVIS PENGASUH

Peluang pekerjaan Di Kiddocare

Salah satu sebab mengapa KiddoCare ini disyorkan ialah servis ini memastikan para babysitter di bawah syarikatnya mempunyai qualification yang betul dalam penjagaan kanak-kanak. Bukan sesiapa saja yang boleh bekerja di bawah KiddoCare!

Wanita-wanita yang berminat untuk menjadi babysitter pun boleh apply dengan KiddoCare. Jika mereka belum ada sebarang kelayakan yang sah, mereka perlulah melalui Program Pendidikan Kanak-Kanak Awal Permata yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat terlebih dahulu.

Setelah menerima qualification, penjaga ini perlu melalui kursus ringkas yang disediakan oleh KiddoCare. Lepas itu baru mereka diiktiraf dan boleh mula menjadi babysitter yang sah di bawah KiddoCare.

Bukan sekadar training saja, para babysitter ini juga akan diperiksa dari segi kesihatan serta rekod jenayah. Wah!

Jadi ibu bapa tak perlu risau jika babysitter mereka tak pandai menjaga kanak-kanak atau mereka adalah jenis yang mendera budak kecil.

Aplikasi Babysitter Sitly

Bagi mereka yang ingin mencari “babysitter” dengan pengalaman serta melihat ulasan daripada pelanggan terdahulu, Sitly membolehkan anda melakukan semua itu. Anda hanya perlu mendaftar di pautan ini tanpa sebarang komitmen dan pencarian anda sudah boleh dilakukan dengan mudah.

Sitly ada subscription fees tapi affordable je bagi anda semua. Lepastu yang bestnya harga babysitter ada banyak range. Nak nego pun boleh. Sitly pulak senang gila nak book sebab kita deal directly dengan babysitter

SERVIS PENGASUH

Info Penting

Kiddocare and Sitly, dua dua korang boleh bawak kemana mana pengasuh tersebut. Kelebihan tersebut amat memudahkan urusan ibu-bapa dan tidak perlu tinggalkan anak mereka.

Semoga perkongsian tentang aplikasi servis pengasuh ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Bantuan Kanak-kanak JKM

Leave a Comment