Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Penggal 3 KPM 2022/2023

Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Penggal 3 KPM 2022/2023

Sesi Persekolahan Penggal 3 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuatnaik takwim penggal persekolah 2022/2023. Antara kandungan takwim penggal persekolah 2022 adalah  tarikh persekolahan setiap penggal, tarikh perayaan dan tarikh cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan untuk tahun hadapan.

 

Kalendar Akademi Sesi Persekolahan Penggal 3 2022/2023 KPM

Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada:

  • Sekolah-sekolah dalam Kumpulan A: Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah
    • Sesi Persekolahan : 1 Januari 2023 – 16 Februari 2023
    • Cuti Persekolahan : 17 Februari 2023 – 18 Mac 2023
  • Sekolah-sekolah  Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
    • Sesi Persekolahan : 3 Januari 2023 – 17 Februari 2023
    • Cuti Persekolahan : 18 Februari 2023 – 19 Mac 2023

Artikel Lain: Senarai Cuti Umum 2022

 

Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2022/2023 KPM

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2022 / 2023 yang diumumkan oleh KPM melalui Lampiran 5 seperti di bawah:

 

Penangguhan Pembukaan Sesi Persekolahan 2023/2024 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan selama seminggu pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang sepatutnya bermula 12 dan 13 Mac 2023. Tujuan penangguhan ini adalah bagi memastikan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

 

Tarikh Pembukaan Sesi Persekolahan 2023/2024 KPM

Ketetapan baharu KPM bagi permulaan hari persekolahan untuk Sesi 2023 / 2024 adalah seperti berikut:

  • Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023
    Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023

 

Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2023/2024

Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran di bawah:

Kalendar Akademik Sesi 2023 / 2024 Kumpulan A

Kalendar Akademik Sesi 2023 / 2024 Kumpulan B

 

Kalendar Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2023/2024 KPM

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2023/2024 yang diumumkan oleh KPM melalui Lampiran dibawah:

Melalui takwim ini,para pelajar,guru dan ibubapa merancang sebarang aktiviti dan program sepanjang tahun 2023

Terdapat beberapa perayaan utama yang disambut oleh penduduk berbilang kaum di Malaysia diantaranya adalah :

  1. Tahun Baru Cina (CNY)
  2. Hari Raya Aidilfitri
  3. Hari Kaamatan
  4. Hari Gawai Dayak
  5. Hari Deepavali
  6. Raya Aidiladha
  7. Hari Krismas

Semoga perkongsian jadual sesi persekolahan penggal 3 KPM ini memberikan manfaat kepada anda semua. anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Leave a Comment