SIAP FELDA(Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka)

SIAP FELDA (Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka)

SIAP FELDA

Berita gembira buat warga anak peneroka felda, anda kini boleh memohon skim insentif untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA. Insentif ini adalah kelebihan yang hanya diberikan kepada anak peneroka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan SIAP FELDA ini dengan lebih mudah dan berkesan.

 

Apa Itu Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP FELDA)

Mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan sagu hati FELDA kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih.

  • Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
  • Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

Kadar Insentif SIAP FELDA

Berikut adalah insentif yang diberikan secara one-off kepada calon yang layak:

BIL.

PERINGKAT PENGAJIAN

KADAR

1

Diploma

RM 500.00

2

Ijazah Dalam Negara

RM 1,000.00

3

Ijazah Luar Negara

RM 1,500.00

* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara

Syarat Permohonan SIAP FELDA

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  2. Had umur permohonan:
    – Peringkat Diploma: 18 hingga 23 tahun.
    – Peringkat Ijazah: 18 hingga 25 tahun.

Permohonan Tidak Layak

Permohonan yang tidak layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.
  • Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

Cara Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka

Tatacara permohonan yang perlu diikuti untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan adalah seperti:

  1. Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  2. Salinan kad pengenalan pemohon
  3. Salinan kad pengenalan peneroka
  4. Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai SIAP, sila layari laman web https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan.

 

Artikel Lain : Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Felda 

1 thought on “SIAP FELDA(Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka)”

Leave a Comment