Cara Sign Petisyen Tuntut Pengeluaran KWSP RM10000 One-Off

Cara Sign Petisyen Tuntut Pengeluaran KWSP RM10000 One-OffSign Petisyen

Rakyat Malaysia yang memiliki akaun 1 dan 2 kwsp diseru untuk bersama-sama sign petisyen. Langkah ini adalah untuk mendesak pengeluaran KWSP RM1000 dari akaun masing-masing.

Setakat 25 Januari 2022, sekitar 68,000 orang telah menandatangani petisyen berikut. Kempen tandatangan ini dilancarkan secara organik oleh rakyat tanpa penglibatan mana mana parti politik.

Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk malangsungkan kehidupan harian mereka. Dibawah merupakan pautan ringkas tentang petition yang dilakukan

Apa Itu KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, kami membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Hari ini, kami terus menyempurnakan lagi visi kami bukan saja untuk kekal relevan tetapi untuk mencipta persaraan yang lebih baik untuk semua ahli. Ia menguatkan lagi komitmen kami untuk melindungi simpanan ahli dan meningkatkan dedikasi kami dalam memberi perkhidmatan cemerlang.

Selari dengan visi utama kami iaitu membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, kami meneruskan mandat dengan merangkumi pembangunan infrastruktur negara dan dalam masa yang sama melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan ahli.

Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Ramai yang tercari-cari maklumat mengenai pengeluaran khas 2.0 KWSP. Untuk pengetahuan semua, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman dari kerajaan mengenai pelaksanaan pengeluaran khas 2.0 ini.

Jika ada pun, hanyalah petisyen yang mengajak orang ramai untuk turut serta ‘sign’ . Namun perlu diingat, petisyen ini tidak akan mengubah apa pun tindakan kerajaan.

Petisyen Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Sebuah petisyen telah untuk dibuat untuk menyokong Pengeluaran Khas 2.0.

Setakat 14 Julai 2022, sekitar 56,000 orang telah menandatangani petisyen berikut. Kempen ini dilancarkan secara organik oleh rakyat tanpa pengelibatan mana-mana parti politik.

Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Cara Sign Petisyen Pengeluaran Khas KSWP 2.0

Anda boleh layari pautan ini:

https://www.change.org/p/luluskan-pengeluaran-khas-2-0-kwsp-untuk-kelangsungan-kehidupan-rakyat

Cara Sign Petisyen Pengeluaran Rm10,000 Kwsp Akaun 1

Rakyat Malaysia boleh menandatangani petisyen tersebut secara online melalui laman sesawang change.org. Setakat artikel ini ditulis, sekitar 68,000 orang telah menandatangani dan angka itu terus meningkat.

Anda boleh melayari sesawang ini : https://www.change.org/p/kerajaan-malaysia-tuntutan-rm10000-wang-caruman-kwsp-secara-one-off

 

PETISYEN TUNTUTAN RM10000 SECARA ONE-OFF

Di Telegram, Rakyat Malaysia telah berkumpul dalam sebuah channel yang memberikan informasi terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya di Malaysia.

 

TUNTUTAN PENCARUM KWSP

“Kami pencarum-pencarum KWSP ingin menuntut pengeluaran tunai RM10000 bagi kali terakhir di musim pandemik covid 19 (bagi yang mempunyai baki mencukupi) dan jumlah yang rasional bagi yang berbaki kurang RM10000 dalam akaun 1 KWSP berdasarkan alasan-alasan yang berikut :-”

  1. Kehilangan/pengurangan pendapatan sejak covid 19 melanda pada 2020
  2. Belum dan masih gagal mendapat pekerjaan stabil, ada yang umur meningkat dan mengalami kesukaran mendapat pekerjaan baru.
  3. Mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji yang ditawarkan tidak seperti gaji yang diterima sebelum pandemik covid 19 melanda.
  4. Untuk memperbaiki/memulihkan perniagaan2 kecil yang baru bermula dan yang terjejas
  5. Untuk melunaskan tunggakan-tunggakan hutang pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa rumah, bil-bil utility air,elektrik,IWK serta lain-lain yang berkenaan yang gagal ditampung disebabkan point no.1,2,3,4 diatas
  6. Untuk menjelaskan baki-baki hutang sebelum moratorium berakhir sekitar Januari/Februari 2022 dan memulakan semula perancangan/strategi kewangan baru pasca pandemik pada Januari 2022

Semoga perkongsian cara sign petisyen ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Senarai Cadangan Hadiah Perkahwinan

34 thoughts on “Cara Sign Petisyen Tuntut Pengeluaran KWSP RM10000 One-Off”

  1. Saya kekurangan belanja Dan NK setwlkan hutang hutang yg tertungak tambahan harg barang yg naik sekarang

    Balas
  2. Saya amat memerlukan kwsp 2.0 ni kerana untuk menyara keluarga dan juga untuk modal saya berniaga kecil kecilan

    Balas
  3. saya mohon sangat2 agar kerajaan sekarang dapat tunai kn permintaan untuk pgekuaran kwsp 2.0….saya mohon sgat2….saya dan kluarga saya baru khilangan ayah trsayang kami telah mnggal dunia..dh nk masok 3mggu lbih sakit jantung pagi isnin 3mggu lpas allahhuabar alfatihah….jadi billl2 yg masih ada tunggakan kn sperti api dh billl air saya brkja degan pendapatan saya sbulan 1500….jadi saya harap kerajaan sekarang ni boleh bagi peluang kdua….untuk kami skeluarga dan rakyat malaysiaku….terima kasih…..sesiapa yg ingin sedekah kn alfatihah kpada arwah ayah saya sila kn….. alfatihah……….

    Balas
  4. It’s necessary for the people who had lost their job, single dad, single mom or people who have’nt been working for a long time.. It’s not easy to find a new decent job at this kind of time with our weak Malaysian economy situations and with all the essentials items prices are going up.. We truly need our EPF money.. We got NO other option anymore.. People are losing their houses, losing a place to live.. It’s time and it’s deem necessary to let us withdraw partially our money i’n our Account 1..

    Balas
  5. Saya seorang balu kematian suami..kerja buruh hari bekerja tidak menentu…perlukan duit utk sara anak sekolah…

    Balas
  6. Saya at memerlukan duit pengeluaran kwsp 2.0 ni.Sebabnya kehidupan saya sekarang sangat2 terhimpit selepas pendamik melanda negara kita.Saya amat berharap PM dan pihak atasan kwsp dapat meluluskan pengeluaran kwsp 2.0 ini..

    Balas

Leave a Comment