Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Semak Tahap Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Semak Tahap Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier

Sijil Kemahiran Malaysia SKM

Bidang kemahiran kini menjadi tumpuan para lepasan SPM. Pelbagai peluang dalam kerjaya dapat diperolehi dengan memiliki kemahiran-kemahiran teretentu. Jabatan Pembangunan Kemahiran telah menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia yang dapat membantu para warganegara untuk meningkatkan lagi keupayaan diri masing-masing.Kami akan memberikan panduan ringkas berkenaan sijil kemahiran Malaysia SKM tersebut. Semoga bermanfaat buat semua.

 

Apa Itu Sijil Kemahiran Malaysia SKM

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia SKM

Terdapat pelbagai manfaat yang boleh dinikmati oleh pelajar lepasan SKM iaitu :

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia SKM

Syarat-syarat minimum untuk sertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui institusi latihan yang diiktiraf adalah seperti berikut

  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

Nota : Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Bidang Kemahiran Yang Ditawarkan

Dari bidang Automotif hingga Operasi Makanan dan Minuman, terdapat pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan oleh SKM.

Calon yang berminat boleh lihat senarai program yang ditawarkan serta lokasi Pusat Bertauliah di pautan berikut :

https://www.myspike.my/index.php?r=site%2Findex-pelajar

Cara Dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia SKM

Sijil Kemahiran Malaysia boleh diperoleh melalui tiga kaedah seperti berikut :

1.Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf

Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan).

Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Tahap Pengajian SijilKemahiran Malaysia SKM

Sebagai pelajar TVET, anda perlu tahu yang Sijil Kemahiran Malaysia mempunyai 5 tahap.

Lebih tinggi tahap pengajian anda, lebih bertambah kemahiran dan pengetahuan anda.

Secara tak langsung, peluang pekerjaan serta gaji permulaan yang bakal ditawarkan juga akan lebih tinggi.

5 tahap Sijil Kemahiran Malaysia adalah seperti berikut :

  • Tahap 1 (SKM Tahap 1) – Peringkat Operasi dan Pengeluaran
  • Tahap 2 (SKM Tahap 2) – Peringkat Operasi dan Pengeluaran
  • Tahap 3 (SKM Tahap 3) – Peringkat Penyeliaan
  • Tahap 4 (DKM Tahap 4) – Peringkat Penyeliaan Tahap Tinggi
  • Tahap 5 (DLKM Tahap 5) – Peringkat Pengurusan

Halatuju Karier Khas Untuk Lepasan Sijil Kemahiran MalaysiaSKM

Peluang Sambung Pengajian

Lepasan SKM atau TVET juga boleh lanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi yang berminat.

Mereka boleh ambil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Kini, terdapat banyak universiti khususnya berstatus MTUN (Rangkaian Universiti Teknikal di Malaysia) yang menerima lepasan SKM/DKM untuk menyambung peringkat sarjana muda / sarjana / kedoktoran.

Senarai universiti berstatus MTUN adalah seperti berikut :

  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Peluang Menjadi Tenaga Pengajar TVET

Sekiranya pelajar berminat untuk menjadi tenaga pengajar TVET, mereka juga boleh menjalani latihan di CIAST atau institusi lain yang menawarkan sijil Vocational Training Operation (VTO) dengan memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3.

Oleh itu, jadikanlah TVET sebagai pilihan hala tuju pendidikan anda.  Dengan minat dan usaha yang konsisten, anda pasti dapat mengubah masa depan melalui SKM.

Maklumat lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Sijil Kemahiran Malaysia, sila ikuti laman Facebook Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) https://www.facebook.com/ptpkonline dan layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran

 

Artikel Lain : Permohonan Latihan Kemahiran (Elaun RM1000)

1 thought on “Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Semak Tahap Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier”

Leave a Comment