PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN LZNK IPTA 2022 2023

PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN LZNK IPTA 2022 2023

Kepada warga pelajar teutamanya dari Negeri kedah yang berpeluang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat penggajian tinggi IPT, anda boleh membuat permohonan melalui iasiswa Pendidikan LZNK. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN LZNK IPTA

Biasiswa Pelajar IPTA Dalam Negara adalah merupakan tajaan penuh kepada mahasiswa/mahasiswi yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda

Bantuan ini hanya diberikan kepada pelajar sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu  program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.

 

KADAR BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN LZNK IPTA

BILPERINGKAT PENGAJIANJUMLAH BANTUAN (semester)JUMLAH BANTUAN (setahun)
1Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa)RM 3,750.00RM 7,500.00

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN LZNK IPTA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Beragama Islam.
  2. Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup
  4. Pelajar tahun pertama pengajian sahaja.
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak.
  6. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN LZNK IPTA

Bagi permohonan biasiswa pendidikan IPTA kemasukkan tahun 1 ambilan Oktober 2022/2023, permohonan perlu dibuat sebelum 15 Disember 2022.

 

PERINGKAT PENGGAJIAN BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN LZNK IPTA

Berikut adalah merupakan bidang pengajian yang layak untuk memohon iaitu::

  • Kejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan
    • Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf dengannya.
  • Kewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi
    • Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf denganya.
  • Pengajian Islam/Sains Sosial
    • Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 keatas atau sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan bagi lepasan STAM.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon WAJIB mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan
  • Salinan kelulusan pengajian (PT3/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
  • Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT

NOTA: Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, dan Penghulu).

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN LZNKIPTA

Kepada pemohon yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Portal Biasiswa : http://biasiswa.zakatkedah.com.my/
  2. Daftar akaun dengan memasukkan maklumat berikut :
    • No K/Pengenalan
    • Alamat E-Mel
    • Kata laluan
  3. Log Masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan
  4. Isi Profil maklumat permohon serta muatnaik dokumen-dokumen berkaitan.
    • Maklumat Peribadi
    • Maklumat IPT
    • Maklumat Waris
    • Maklumat Keluarga
    • Maklumat Kelulusan
    • Sejarah Tajaan
  5. Pilih biasiswa yang dipohon dan Klik pada butang Pohon
  6. Setelah lengkap Klik pada butang Hantar Permohonan

NOTA: Permohonan tidak akan diproses sekiranya dokumen yang dilampirkan tidak jelas atau tidak muat naik (upload) pada setiap ruangan yang diminta.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04-7331740.

 

ARTIKEL LAIN

CUTI SEKOLAH KPM 2023 (TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN & CUTI PERAYAAN)

Leave a Comment