PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENCETAK (Printer)PIJ

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENCETAK (Printer)PIJ

SKIM BANTUAN PENCETAK (Printer)

Kepada para pelajar yang berasal di negeri Johor ingin melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kini Perbadanan Islam Johor (PIJ) menawarkan Skim Bantuan Pencetak (Printer) kepada penuntut universiti yang berkelayakan. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM BANTUAN PENCETAK (Printer)

Bantuan Mesin Pencetak ini diperkenalkan Perbadanan Islam Johor (PIJ) merupakan bantuan secara one-off untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tujuan utama skim ini diperkenalkan bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli pencetak bagi tujuan pembelajaran.

Bantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif PIJ dalam meringankan beban bagi pelajar kurang berkemampuan yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

 

SYARAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENCETAK (Printer)

Berikut adalah merupakan syarat permohonan skim bantuan ini yang telah ditetapkan iaitu:

  • Warganegara Malaysia beragama Islam.
  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
  • Telah mendapat tawaran menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
  • Pendapatan ibu dan bapa/penjaga tidak melebihi RM4,850.00 sebulan dan RM4,850.00 hingga RM5,880.00 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
  • Terbuka kepada pelajar Tahun 1 (Kemasukan Semester Pertama) tahun semasa Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam sahaja.
  • Permohonan tertakluk kepada terma dan syarat PIJ.

 

TARIKH PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENCETAK (Printer)

Permohonan mulai dibuka bermula pada 15 Julai 2023 sehingga 15 Ogos 2023.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan terlebih dahulu bagi memudahkan anda mengisi borang permohonan iaitu:

  • Salinan kad pengenalan dan sijil lahir pemohon, ibu bapa/penjaga pemohon.
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA dan kos yuran pendaftaran.
  • Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga pemohon.
  • Salinan sijil berhenti sekolah.
  • Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).
  • Salinan penyata akaun bank atas nama pemohon.
  • Salinan resit bayaran yuran (bagi yang telah mendaftar).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENCETAK (Printer)

Kepada pemohon yang berkelaykan yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan Bantuan Pengajian Tinggi – Bantuan Mesin Pencetak
  2. Isikan maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut dengan lengkap dan tepat
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan dan dapatkan pengesahan permohonan seperti yang diperlukan.
  4. Hantarkan borang permohonan yang lengkap beserta dokumen berkaitan ke alamat berikut:
    • Perbadanan Islam Johor (PIJ), (Bahagian Pembangunan Unit Insan), T3.1, Bangunan PIJ, 26C, Jalan Rebana, 80250 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Mesin Pencetak ini, anda boleh melayari portal rasmi Perbadanan Islam Johor (PIJ)

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment