Permohonan Iltizam Anak Selangor (Caruman Anak Baru Lahir RM100)

Permohonan  Iltizam Anak Selangor (Caruman Anak Baru Lahir RM100)

 

Iltizam Anak Selangor

Menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang mampan di peringkat isi rumah, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan skim baharu Iltizam AnakSelangor yang akan disertai dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan skim Iltizam AnakSelangor? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu. 

 

APA ITU SKIM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Skim Iltizam AnakSelangor akan disertakan dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang baru lahir. Seramai 30,000 permohonan anak-anak akan diberikan RM100 setahun untuk tempoh lima tahun. Langkah ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan anak-anak ini mempunyai simpanan.

 

APA ITU SSPN PRIME

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Pembukaan akaun digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.

Antara Keistimewaan SSPN Prime adalah:

  • Layak memohon pinjaman pendidikan;
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
  • Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen Simpan SSPN Prime.

 

KADAR PEMBAYARAN SKIM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Melalui bantuan ini, setiap anak kelahiran Selangor akan menerima RM100 yang akan diberikan setiap tahun selama 5 tahun menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

TARIKH PEMBAYARAN SKIM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) RM100 setahun diberikan mulai tahun 2022 bagi anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.

CARA PERMOHONAN SKIM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Tarikh permohonan dan cara membuat permohonan serta syarat kelayakan yang ditetapkan untuk Skim  ini akan bermula 1 OGOS 2022

Tetapi bagi yang berminat,  untuk pertanyaan lanjut mengenai permohononan ini boleh hubungi:

  • Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • PTPTN Careline: 03-21933000
  • ptptn.gov.my

Iltizam Anak Selangor

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKIM ILTIZAM ANAKSELANGOR

Anda boleh membuat semakan masa akan datang secara atas talian (akan dikemaskini kemudian)

 

BANTUAN YANG DIUMUMKAN DALAM BELANJAWAN SELANGOR 

Berikut adalah rangkuman bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor :

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    1. RM300 sebulan / RM3,600 setahun
  2. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    1. RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiran
    2. RM500 khairat kematian
  3. Iltizam Anak Selangor
    1. RM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor
  4. Bantuan Anak Yatim COVID-19
    1. RM500 setiap anak
  5. Inisiatif Wanita Berdaya Selangor
    1. Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.

 

ARTIKEL LAIN

BINGKAS  (Semakan Status Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor )

1 thought on “Permohonan Iltizam Anak Selangor (Caruman Anak Baru Lahir RM100)”

Leave a Comment