Contoh Skrip Bicara Berirama (Format & Tajuk)
Bicara berirama adalah satu bentuk pertandingan yang sering dianjurkan untuk murid sekolah rendah mauhupun sekolah menengah. Pertandingan ini sangat unik dan menarik kerana mesej disampaikan dalam intonasi suara yang berbeza-beza.
Kami akan menyediakan contoh skrip bicara berirama yang ringkas dan mudah untuk panduan anda semua.
Apa Itu Skrip Bicara Berirama
Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.
Contoh Skrip Bicara Berirama
Segmen 1 | Menabung? SS Apa itu menabung? SS Menabung bermaksud menyimpan wang di dalam tabung ataupun bank untuk keperluan tertentu. SR Oh, begitu! SS
Mahu ini mahu itu SRL Tunggulah dulu Mahu yang ini yang itu SRP Semua mahu Pelbagai jenis barang semuanya mahu SS Janganlah lupa lihat kocek dahulu. SS
Bung bung bung Mari kita menabung SS Sikit Sikit Lama-lama jadi bukit.
Hurm..Tapi apa gunanya kita menabung? SS Lebih baik kita belanja sahaja.. Banyak barang saya mahu beli SS Buku, Pensel, Permainan..
Ehh..sabar..sabar.. Menabung ini merupakan amalan yang baik.. SS Banyak faedahnya tau kawan-kawan..
Ohh..begitu..jadi.. SR Apa faedahnya?
| |
Segmen 2 | Tolong Kami Bantu Kami Anak-anak yatim piatu Ohh wahai insani insani Tolonglah kami
Aduhai..sedihnya dengar.. SS Kenapa sedih sahaja? SS Saya memerlukan bantuan kewangan.SS Ada kawan-kawan yang boleh bantu.SS. Jangan risau, kami sedia membantu dengan wang tabungan kami. SR Betul tidak kawan-kawan? SS Ya..tentu sekali. SR
Kawan-kawan, sekiranya kita mengamalkan sikap menabung..SRL Kita dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan. SRP
Betul..betul..betul..SS Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..SR Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah SR Rezeki yang ada dikongsi bersama. SR
Terima kasih semua. SS Sama-sama SR
| |
Segmen 3 | Ting..ting..tang..ting..tara..ting..ting..keting..tang..ting.. Di mana dia duit tabung saya.. Duit tabung saya..ada di dalam dalam rumah.. Jom menabung..jom menabung..jom menabung..mari menabung hoi hoi.. 2x
Amboi..amboi..amboi..seronoknya..SS Seronoklah.. SRP Baru-baru ini saya menghantar abang saya yang melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. SS
Menara Gading? Apa itu? SS Menara Gading itu Universiti SRP Wow..wow..SRL Tetapi..kita perlulah bersedia sejak awal lagi terutama dalam aspek perbelanjaan. SRP
Ya..benar begitu.. SS Sebab itulah..SS Menabung penting kerana Kita dapat membuat persediaan untuk masa depan kita SS
Sediakan payung sebelum hujan. SR
Sopan terlihat berbaju kurung, Berkain samping anak Melayu Marilah kita tekun menabung Agar matlamat hidup dituju.
| |
Segmen 4 | Aduhhh..SS Kenapa tu? Kenapa tu? SR Saya…SS Haaa…SR Saya..SS Lapar..SS Huhhh..Ohh..Lapar..SR Tetapi, saya sedang berjimat ni..Semangat Menabung..SS
Ishh..ishh..ishh..salah begitu kawan-kawan..SR Ini memudaratkan kesihatan sendiri. SR Kita perlulah Menabung dengan Berjimat.SR Bagaimana? SRL Begini..SRP Belilah makanan yang sama kenyang dengan harga yang lebih murah.SS Misalnya, Nasi Lemak dan Roti..SS Pilihlah roti..harganya lebih murah..SS Jadi, lebihan wang dapatlah dimasukkan ke dalam SS TABUNG..SRL Ya..bijak..bijak..SRP
Menabung mendidik kita untuk berjimat cermat.SR Menabung juga ada caranya. SR Jangan sampai terseksa diri. SR Menabunglah dengan bijak. SR
| |
Segmen 5 | Wah..buat apa tu? SS Saya sedang bahagikan duit kepada dua. SS Kenapa dua? SS Sebab saya ada dua tabung. SS Wah, dua tabung SRL Hebat..hebat.. SR Saya ada lima tabung SS Lagi hebat..SR Tapi..semuanya kosong…hihi.. SS Hurmm…(geleng kepala) SR Bahagikan duit sama rata SRL Kepada dua..SRL Satu untuk diri kita SRP Satu untuk menderma SRL Manfaat diri diperolehi SRP Orang lain juga dihargai SRL
Menabung mengajar kita berkongsi SR Kasih sayang disemai SR Budi dan jasa dituai. SR Hidup harmoni aman dan damai. SR
| |
Segmen 6 | Tersebutlah kisah satu cerita, Seorang anak yang telah berjaya, Hidupnya senang lagi bahagia, Kerana kecilnya gigih berusaha.
Disematnya azam di dalam hati, Kepada keluarga mahu berbakti, Dia mesti hidup berdikari, Mulanya menabung untuk sendiri
Menabung membentuk sikap berdikari.SR Nak beli itu, nak beli ini. SRL Guna wang sendiri SRL Tidak perlu meminta-minta SRP Menambah beban ibu bapa SRP
Kasihan ibu bapa kita..SR
Pergi pagi balik petang.. Ada kala sampai malam Cari rezeki bawa pulang Untuk anak yang tersayang.. Ohhh..bersabarlah..
Maka, wang tabungan amat bermakna SS Duit yang ada guna sebaiknya. SS
Kalau aku kaya Kalau aku kaya
Ehh..tetapi..jangan lupa diri SS Belanja yang perlu SS Ikut keperluan bukan kemahuan. SRL Barang pun dapat, duit pun jimat. SRP
| |
Segmen 7 | Ayya..lu sudah hutang.. Tak mau bayar aaa.. SS Mahu lari lagi kaa..
Alamak..ini ALONG SR Sapa Along? Saya bukan Along maa.. SS saya mahu tolong saja..
Kawan-kawan, SRL Jika kita menabung SRL Kita terhindar daripada bebanan hutang SRL Dikejar hutang keliling pinggang SRP Mandi tak basah, makan tak kenyang SRP Sampai masa semua hilang. SRP
Biarlah kita menyimpan sedikit Daripada lenyap tinggallah sakit SS
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. SR Menabung dapat menyelamatkan kehidupan.
Ayuh kawan..kita menabung Ayuh rakan..kita menyimpan.. SR Untuk masa depan
| |
Penutup | Berakhirlah sudah Kisah ini Ambillah manfaat dan kebaikan Semoga menjadi panduan berguna Untuk selamanya.
Terima kasih barisan hakim Terima kasih penjaga masa SR Terima kasih guru-guru Terima kasih semuanya
Semoga kita bersua lagi. SR
Sekian. SR
Pulang..marilah pulang..marilah pulang..bersama-sama 2x |
Pertandingan Bicara berirama juga sering dijalankan, anda boleh ubah skrip untuk sesuaikan dengan pertandingan tersebut.
Semoga perkongsian skrip bicara berirama ini dapat membantu anda membentuk pasukan yang mantap dan berwibawa.
Artikel lain : Senarai Lirik Lagu Patriotik Kemerdekaan