Contoh Skrip Sketsa (Format & Tajuk)

Contoh Skrip Sketsa (Format & Tajuk)

Skrip Sketsa

Murid sekolah sering didedahkan dengan pementasan lakonan. Ini dapat membentuk peribadi murid untuk lebih berani dan menonjolkan keupayaan mereka.Sekiranya anda ingin mencari skrip sketsa yang baik, kami ada sertakan untuk rujukan anda.

Ciri-Ciri Skrip Sketsa

 adalah sebagai berikut:

  • Sebuah sketsa harus memiliki teks naskah yang di dalamnya berbentuk dialog.
  • Sketsa harus diperankan atau dilakonkan.
  • Panjang drama kurang lebih 10-15 minit
  • Tidak ada pengulangan adegan dalam sketsa
  • Terdapat konflik dan emosi di dalam sketsa
  • Sebelum mementaskan sketsa para pelakon biasanya melakukan latihan khusus terlebih dahulu.
  • Untuk maklumat lanjut: https://experience.dropbox.com/id-id/resources/what-is-a-storyboard

Unsur-Unsur Sketsa

Sketsa memiliki beberapa unsur yang membuatnya menjadi menarik.

1. Alur

Alur atau juga sering disebut plot adalah suatu rangkaian peristiwa yang berhubungan dengan waktu dan sebab-akibat.

Sebuah alur harus bisa menggambarkan jalannya cerita dari awal hingga akhir. Dalam alur dikelompokkan beberapa tahap, yaitu:

  • Pengenalan

Pengalaman merupakan bagian permulaan dalam sebuah pementasan sketsa, pengenalan para tokoh, latar pentas, dan pengungkapan masalah yang akan dihadapi tokoh.

  • Pertikaian

Setelah tahap pengenalan, sketsa bergerak menuju ke pertikaian yaitu penggambaran pelaku yang mulai terlibat dalam suatu masalah.

  • Puncak

Pada tahap ini pelakon utama sketsa mulai terlibat dalam masalah-masalah pokok dan keadaan akan menjadi lebih rumit.

Pada tahap ini penoton akan penasaran dan ingin mengetahui akhir dari drama ini.

  • Penyelesaian

Tahap ini merupakan bagian akhir dalam pementasan . Sketsa bisa berakhir dengan cerita yang menggembirakan atau menyedihkan.

 

Contoh Skrip Sketsa

BABAK MULA

 

Scene :

Memperkanalkan watak utama, Ramlee, Ajis dan Sudin.

Ramlee , Ajis dan Sudin duduk di kerusi dan meja yang disusun melintang.

Masing-masing sibuk dengan diri sendiri.

Ramlee  : Pegang bunga dan teddy bear.

Ajis  : Bermain dengan duit

Sudin  : Tidur di atas meja.

(lagu Bujang Lapok)

-OUT-

Scene :

(Voice Over)

Sekolah Kebangsaan Seri Masai merupakan satu-satunya sekolah di Negeri Isketambola. Di dalam sekolah ini, terdapat tiga orang guru yang begitu berdedikasi, komited serta prihatin terhadap anak-anak muridnya.

Memperkenalkan Cikgu Rozita. Guru yang amat jelita malah penyayang orangnya. Sentiasa berlemah-lembut dalam menasihati anak muridnya tetapi aktif dalam aktiviti sekolah.

(Cikgu Rozita masuk dengan payung) (lagu Cikgu Ayu)

Ustaz Nasir. Dengan ilmu agama yang tiada tandingannya, Ustaz Nasir menggunakan pengetahuannya untuk membantu anak-anak muridnya agar tidak terpesong daripada ajaran agama Islam.

(Ustaz Nasir masuk dengan tasbih) (lagu Hambamu)

Cikgu Shahrolnizam yang tegas dan berpengaruh dalam menegakkan disiplin murid-murid sekolah ini. Sentiasa melakukan tindakan yang termaktub pada peraturan sekolah.

(Cikgu Shahrolnizam masuk dengan rotan) (Lagu background )

-OUT-

 

BABAK 1

(Voice Over)

Ramlee  merupakan seorang murid yang telah terpanah oleh cinta. Ramlee mula memikat murid perempuan untuk dijadikan teman wanitanya. Ramlee telah lupa kepada pelajaran dan leka dengan mainan cinta monyet di usia muda.

(lagu Inikah Cinta, Akim)

(Voice Over)

Cikgu Rozita telah lama memerhatikan tingkah laku Ramlee. Oleh itu, Cikgu Rozita mengambil kesempatan untuk menasihati Ramlee agar tidak mudah leka dengan mainan cinta di zaman persekolahan.

(Cikgu Rozita masuk bersama back up dancer)

(lagu Kalau Berpacaran)

Oleh kerana itu, hubungan cinta Ramlee putus di tengah jalan.

(Lagu di matamu-sufian)

Kini, Ramlee telah berubah. Berkat usahanya, Ramlee kini bergelar pengarah Filem terkenal..Filem Mana Afiq yang diarahkannya telah mencatat kutipan pawagam sebanyak 100 juta Ringgit dalam masa seminggu dan telah berjaya dianugerahkan Pengarah Terbaik.

(Lagu Munafik)

-OUT-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BABAK 2

(Voice Over)

Ajis merupakan seorang anak usahawan yang berjaya. Kemewahan yang melingkari hidupnya menyebabkan Ajis menjadi bongkak dan lupa. Ajis suka menghabiskan wang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

(Lagu Kalau Aku Kaya)

(Voice Over)

Ustaz Nasir selalu menasihati Ajis agar berjimat-cermat serta tidak membazir dan menggunakan wang yang ada untuk perkara-perkara yang berfaedah.

(Lagu Demi Masa)

(Voice Over)

Atas berkat doa Ustaz Nasir, Ajis menjadi seorang usahawan produk tempatan yang berjaya. Tentu sekali bersama trademark popularnya, Terlajak Laris

-OUT-

 

 

 

 

 

 

 

 

BABAK 3

(Voice Over)

Sudin merupakan seorang murid yang kurang menumpukan perhatian kepada pengajaran guru dan sering tidur di dalam kelas. Keputusan peperiksaan Sudin semakin hari semakin merosot.

(Voice Over)

Cikgu Shahrolnizam merupakan cikgu disiplin yang amat tegas dan prihatin terhadap masalah disiplin anak-anak muridnya. Beliau menasihati Sudin agar tidak mudah lemah semangat dan terus mencapai kejayaan dalam pelajaran.

(lagu Remaja)

(Voice Over)

Namun begitu, masih ada yang mengajak Sudin ke arah kejahatan

Backup dancer naik dan mengajak Sudin menghisap rokok.

(lagu Inggeris)

Cikgu Shahrolnizam tanpa jemu terus menasihati Sudin agar tidak mudah terpengaruh dengan ajakan negatif daripada rakan-rakannya.

Sudin berdoa di atas sejadah.

(Lagu Iktiraf)

Ustaz Nasir naik dan memberitahu kiblat Sudin salah. Membetulkan kiblat dan sama-sama berdoa. Ustaz Nasir keluar.

Sudin membaca buku.

Akhirnya, berkat usaha Sudin yang tidak jemu belajar dan berdoa kepada Allah, beliau akhirnya berjaya.

Cikgu Shahrolnizam membawa masuk keputusan peperiksaan.Sudin gembira dan berpeluk dengan Cikgu Shahrolnizam.

(Lagu We Are The Champion)

-OUT-

 

BABAK AKHIR

 (Voice Over)

Jasa ketiga-tiga orang cikgu ini amatlah besar. Kini, anak-anak murid mereka, Ramlee, Ajis dan Sudin telah berjaya.

(Lagu Terima Kasih Cikgu)

TERIMA KASIH CIKGU!

SELAMAT HARI GURU!

 

-THE END-

Semoga perkongsian skrip sketsa ini dapat membantu anda semua.

 

Artikel lain : Contoh Skrip Bicara Berirama

Leave a Comment