PERMOHONAN SMA MAIWP TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023
Kepada ibu bapa yabg ingin menghantar anak ke Sekolah Menengah Agama (SMA) di bawah MAIWP, kini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan permohonan kemasukan bagi tahun 2023 telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU SMA MAIWP
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006 yang bersetuju agar MAIWP menubuhkan sekolah di Wilayah Persekutuan. Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan. Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama..
SENARAI SEKOLAH SMA MAIWP
Berikut adalah merupakan Senarai sekolah di bawah MAIWP untuk kemasukan bagi tahun 2023 iaitu:
- SMAMAIWP Kuala Lumpur
- SMAMAIWP Labuan
- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
- Pondok Moden Al-‘Abaqirah
SYARAT PERMOHONAN SMAMAIWP
Berikut adalah merupakan syarat permohonan kemasukan ke sekolah ini iaitu:
Tingkatan 1 | Tingkatan 4 |
|
|
TARIKH PERMOHONAN SMA MAIWP
Berikut adalah merupakan tarikh permohonan kemasukan bagi sesi 2023 iaitu:
- Tingkatan 1 – tarikh tutup permohonan adalah 15 Disember 2022
- Tingkatan 4 – tarikh tutup permohonan adalah 9 Januari 2023.
CARA PERMOHONAN SMA MAIWP
Kepada anda yang berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya iaitu:
- Layari pautan permohonan berikut:
- Pilih sekolah dan masukkan kad pengenalan diikuti dengan klik butang ‘Semakan.’
- Lengkapkan permohonan sehingga tamat.
NOTA: Murid yang terpilih perlu menghadiri temuduga kemasukan sebelum disahkan kemasukan pada tahun 2023.
KURIKULUM SMAMAIWP
Berikut adalah merupakan Kurikulum yang ditawarkan di:
- Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) iaitu pengajaran dan pembelajaran subjek teras dan elektif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Kurikulum Dini Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Usul Al-Din, dan Al-Syariah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan ke SMAMAIWP, anda boleh layari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di pautan https://www.maiwp.gov.my/
ARTIKEL LAIN
SOALAN UKKM MRSM 2022 :CONTOH SOALAN MATEMATIK/SAINS/KEPERIBADIAN & ULUL ALBAB