SOALAN UKKM MRSM 2022 :CONTOH SOALAN MATEMATIK/SAINS/KEPERIBADIAN & ULUL ALBAB

SOALAN UKKM MRSM 2022:CONTOH SOALAN MATEMATIK/SAINS/KEPERIBADIAN & ULUL ALBAB

SOALAN UKKM MRSM 2022

 

Kepada pelajar yang telah membuat semakan lokasi untuk mengambil ujian UKKM MRSM tahun 2021, berikut adalah perkongsian tentang CONTOH SOALAN UKKM MRSM sebagai panduan kepada anda:

PENGUMUMAN UKKM MRSM 2022

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2022, pada Disember depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi tingkatan satu dan empat itu, bermula 3 Disember bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Manakala bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.

Calon terbabit akan dipanggil menduduki ujian itu secara berperingkat sehingga 30 Januari 2022.

Sementara itu, beliau berkata Mara menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu manakala untuk tingkatan empat pula sebanyak 17,350 permohonan bagi sesi persekolahan tahun depan.

INFO PENTING

Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.

Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain, di Selangor dan Negeri Sembilan.

Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.

UKKM MRSM

UKKM adalah ringkasan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Disebabkan tiada lagi peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3.Maka syarat kelayakan ujian UKKM  digunakan bagi pemilihan pelajar masuk ke MRSM.

Antara syarat  utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2021 adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).

Untuk makluman anda,MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENGAMBIL UJIAN UKKM?

Bagi  pengambilan pelajar MRSM tahun 2021, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini.

TUJUAN UJIAN UKKM DILAKSANAKAN

Ujian ini untuk mengukur  potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.

SENARAI UJIAN UKKM

Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki.

UJIAN UKKM ULUL ALBAB

Bagi pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Untuk makluman keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM(UKKM)

Kepada pelajar yang layak menduduki ujian UKKM,berikut adalah maklumat yabg berkaitan dengan ujian UKKM:

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM(UKKM) TINGKATAN 1

Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM(UKKM) TINGKATAN 4

Bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.

FORMAT SOALAN UKKM MRSM

Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

Format Soalan UKKM Matematik 

  • Masa diperuntukan adalah 30 minit
  • Jumlah soalan Matematik adalah 20 soalan yang berbentuk objektif

Format Soalan UKKM Bahasa Inggeris

  • Masa yang disediakan adalah selama 30 minit
  • 15 soalan objektif

Format UKKM Sains

  • 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
  • 30 soalan berbentuk objektif

Format UKKM  Ujian Keperibadian 

  • 100 soalan objektif yang perlu dijawab
  • Masa 30 minit

Formart Ujian UKKM Khas Ulul Albab Tingkatan 1 

  • 35 minit
  • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.

Berikut adalah contoh  ujian hafazan :

  1. Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
  2. Antara perkara yang dinilai adalah kelancaran, tajwid dan hafazan.
  3. Contoh Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.

CONTOH SOALAN UKKM MRSM

Berikut adalah contoh soalan UKKM MRSM:

CONTOH SOALAN UKKM SAINS

Soalan yang berkaitan Pengetahuan Am. Pelajar yang rajin membaca buku yang berkaitan Sains,informasi yang berkaitan Sains dapat menjawab soalan UKKM dengan baik.

CONTOH SOALAN UKKM MATEMATIK

Seorang penternak  mempunyai 100 ekor lembu  dan itik. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor kambing  yang ada?

CONTOH SOALAN UKKM UJIAN KEPERIBADIAN

Ujian berkaitan hal kendiri dan sikap

CONTOH SOALAN UKKM  ULUL ALBAB

  • Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
  • Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
  • Antara Contoh ayat hafazan yang diberikan ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
  • Pelajar akan dinilai berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
  • Setiap pelajar diberi masa selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran

TARIKH UJIAN UKKM

Ujian ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 21 September 2020 sehingga Disember 2020 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih

Sila buat semakan emel,SMS dan surat panggilan ujian UKKM.

SOALAN LAZIM UKKM MRSM

Bagaimanakah cara buat semakan status tawaran menduduki ujian UKKM?

Pelajar boleh membuat semakan status tawaran menduduki ujian UKKM melalui:

Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1

Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4

Adakah negeri yang dilaksanakan PKPD akan melaksanakan ujian UKKM?

Bagi negeri yang sedang dilaksanakan PKPD, tarikh ujian akan hanya dilaksanakan selepas perintah tersebut ditarik semula

Adakah ujian dilaksanakan pada hari bersekolah?

Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan

Bilakah tarikh pelaksanaan ujian UKKM?

Ujian akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020

Bagaimanakah cara pilih tempat ujian UKKM?

Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM

INFO  LANJUT & PERTAYAAN

Sila emel kepada [email protected] Layari Portal Rasmi MARA

Hubungi :03-2613 2000

Emel:[email protected]

102 thoughts on “SOALAN UKKM MRSM 2022 :CONTOH SOALAN MATEMATIK/SAINS/KEPERIBADIAN & ULUL ALBAB”

  1. Aku cuma ada masa lagi seminggu je untuk study. Minggu depan nak pergi dah kat Perak. Rasa berdebar lah jugak. Tapi lama² ok lah tu. Mula² tak nak pergi. Tapi mak ayah aku suruh pergi jugak. So demi mak ayah aku, aku terima je lah. Ini pon untuk masa depan aku jugak kan.

    Balas
  2. aku hanya masa 6 hari je lg utk study…nnti 4 hari bulan 2 aku kene pergi kuala kubu..aku harap aku lulus sbb aku bercita2 nak jadi lawyer…amin..

    Balas
    • Bukan ke each itik dengan lembu ada 100 ekor? So means ada 200 lah en (lembu + itik)..then dia kata kesemua sekali binatang ada 250..untuk dapatkan jumlah kambing..kena tolak jumlah kesemua binatang dengan jumlah lembu dengan itik tadi (250 – 200 = 50) dpatlah jumlah kambing..lepastu kita tambahkan jumlah lembu ngan itik tadi dengan 50 (jumlah kambing)..then kesemua sekali ada 250..x silap macam tu lah kot

      Balas
    • woaaahhhh… kwn aq dpt sklh kat sana… kalau thn dpn kau dpt sklh tuh… try ii la jumpa dia… thn dpn dia form 3.. carik la dia, natasha.. wkwkwkwk

      Balas
  3. aq plk ade exam hari selasa 9/2/2021 kt melaka nk study hari ni dh tarikh berapa dh 6/2/2021 haih korang semua tolong doa kn aq dpt lulus exam ni tau…amin.

    Balas
  4. Ayat hafazan tu dia bagi random ke boleh pilih. 2 hari lagi ni nk pergi melaka.aku dpt mrsm ulul albab sabak bernam. Tapi x tau mcm mana boleh sampai ke melaka ujian nye. BTW ayat hafazan tu random ke???

    Balas
  5. kalau kau cakap kambing kosong kan… cam tu, asal die tanye kambing tu ade bape ekor? and ape tujuan die letak kambing dalam soalan ni kalau kambing kosong. maksudnya org tu x ternak kambing lah kan.

    Balas

Leave a Comment