SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2022 (Check myresultspmu.moe.gov.my)

SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2022 (Check myresultspmu.moe.gov.my)

SPMU

Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), pengumuman penting buat anda. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2022 akan mula dikeluarkan. Jangan terleka atau terlupa untuk membuat semakan keputusan peperiksaan tersebut. Pastikan anda mengikuti kaedah yang kami sediakan nanti.

 

Apakah Itu Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)

Pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM berpeluang  menduduki semula peperiksaan SPM. Pelajar tersebut boleh memperbaiki keputusan peperiksaan dan mencapai kecemerlangan pada peperiksaan ulangan.

Menurut Lembaga Peperiksaan Kebangsaan, jika anda fikir SPM telah memperoleh sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan E-level (tahap terendah) dalam mata pelajaran sejarah.

 

Cara Pendaftaran SPMU

Pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan lazimnya akan dibuka pada 1 sehingga 31 Mac setiap tahun.

Sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk urusan pendaftaran, bayaran dan untuk mendapatkan panduan selanjutnya.

Cara mendaftar bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Jabatan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri terdekat semasa waktu pejabat.
  • Bayaran untuk calon adalah RM32. Calon mesti membayar JPN atas nama pengarah peperiksaan / pendidikan negeri tempat kiriman wang / pesanan pos didaftarkan.
  • Selain borang pendaftaran dan pembayaran calon SPMU, dokumen yang perlu dibawa termasuk salinan sijil SPM (untuk calon berulang), salinan kad pengenalan / pasport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU / sijil doktor (jika berkenaan), pos Sampul surat sampul surat dan 4 setem.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-88843787 / 03-88843745 / 03-88843785 atau rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Artikel Lain : Pengambilan TLDM 2022

 

Tarikh Semakan Keputusan SPMU 2022

Tarikh semakan keputusan bagi tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis, 20 Oktober 2022.

 

Cara Semakan Keputusan SPMU 2021

Berikut adalah 3 cara untuk membuat semakan keputusan / slip peperiksaan calon:

  1. SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA ONLINE
    1. Semakan keputusan SPMU boleh dibuat melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.
  2. SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI SMS
    1. Taip SPMU<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
    2. Talian ini akan diaktifkan mulai 10.00 pagi pada 20 Oktober dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022.
  3. SEMAKAN SECARA MANUAL
    1. Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, anda boleh berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri maisng-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2022.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

3 thoughts on “SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2022 (Check myresultspmu.moe.gov.my)”

Leave a Comment