SPPB KPM (Login Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu)
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah memperkenalkan satu platform untuk melaporkan berkenaan tahap penilaian murid sekolah. Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu SPPB diwujudkan bagi memastikan proses semkaan keputusan dapat dilakukan dengan mudah dan pantas.
Pelaporan Ujian/ Keputusan Pentaksiran ini akan dilaporkan secara atas talian (SPPB) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti yang sedia maklum, UASA kini merupakan sebahagian dariapda komponen PBD – pentaksiran sumatif.
Apa Itu SPPB KPM
Satu laman yang membenarkan pengguna akses maklumat berkenaan tahap pencapaian murid sekolah di Malaysia.
Komponen Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB KPM)
- Sistem pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh
- Merangkumi keupayaan proses yang berkaitan yang dikendalikan pada setiap peringkat sama ada di peringkat Kementerian, Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah
- Mengautomasi proses-proses manual sedia dengan lebih bersepadu
- Menganalisa pencapaian dan perkembangan murid
Cara Login SPPB KPM (idMe)
- Pergi ke pautan https://idme.moe.gov.my/login
- Masukkan ID Pengguna
- Klik butang Daftarporta
- Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di medan yang disediakan
- Klik butang Daftar Masuk
Rujuk manual pengguna : https://www.youtube.com/@channelbpmkpm1830
Pelaporan Skor
Skor bagi ujian akhir sesi akademik akan direkod oleh guru mata pelajaran dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, KPM (SPPB KPM) melalui modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan modul Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PBD MBPK).
SPPB KPM akan menjana prestasi murid bagi PBD formatif dan pencapaian bagi ujian akhir sesi akademik dijana dalam satu pelaporan.
Pencapaian murid dalam ujian akhir sesi akademik dilapor mengikut enam Tahap Penguasaan (TP), iaitu TP1 hingga TP6 dengan julat markah tertentu serta mempunyai pernyataan deskriptif yang komprehensif dan jelas bagi setiap mata pelajaran.
Skor tidak akan dipaparkan dalam pelaporan berkenaan.
Guru mata pelajaran juga perlu memasukkan maklumat seperti usaha murid, ulasan guru dan cadangan intervensi dalam pelaporan ini. Ulasan keseluruhan dimasukkan oleh guru kelas.
Bagi sekolah yang tiada akses kepada SPPB KPM, sekolah tersebut perlu menyediakan pelaporan pencapaian murid mereka.
Artikel Lain : Cara Guna Login Sistem Bersepadu KPM
1 thought on “SPPB KPM (Login Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu)”