CARA TUTUP AKAUN SSPN (Terminate Kes Kematian)
Kepada anda yang ingin mengetahui cara penutupan akaun SSPN sekiranya terdapat kematian sama ada penerima manfaat atau pendeposit, disini kami akan kongsikan caranya kepada anda. Semoga membantu.
APA ITU SSPN
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004. Mulai 3 September 2021, SSPN dijenamakan sebagai SIMPAN.
PRODUK SIMPANAN SSPN
Pada masa kini terdapat 2 produk simpanan yang tersedia iaitu :
- Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i)
- Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus)
KEISTIMEWAAN SIMPAN SSPN
Terdapat keistimewaan yang diperolehi dalam SSPN Prime dan SSPN Plus. Contohnya adalah seperti berikut :-
- Layak memohon pinjaman PTPTN;
- Simpanan dijamin Kerajaan;
- Simpanan dijamin patuh syariah dan
- Dividen yang kompetitif.
- Pelepasan taksiran cukai
- Geran sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak
- Perlindungan takaful (mengikut jenis akaun SSPN)
- Cabutan & Kempen yang disediakan pelbagai ahdiah menarik
CARA PENGELUARAN AKAUN SSPN
Terdapat beberapa pilihan pengeluaran iaitu sama ada:
- Pengeluaran secara tunai
- Pos cek ke alamat rumah
- Pengeluaran secara online ke akaun bank pilihan anda menerusi pautan https://lovesspn.com/
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah antara dokumen yang perlu anda sediakan untuk menutup akaun SSPN iaitu:
- Borang pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
- Salinan MyKad / Kad Tentera / kad Polis Pendeposit
- Salinan kad SSPN
- Salinan Sijil Kematian (Jika penerima manfaat/pemilik akaun sudah meninggal dunia
- Salinan muka depan buku akaun/penyata akaun (sekiranya ingin dipindahkan terus ke dalam akaun bank).
CARA TUTUP AKAUN SSPN (Potongan Gaji Bulanan)
Sekiranya anda membuat potongan gaji ke dalam akaun SSPN anda dan bercadang untuk menutup akaun simpan SSPN, berikut adalah merupakan caranya:
- Anda perlu penamatan potongan gaji terlebih dahulu.
- Muat turun borang kebenaran penamatan potongan gaji SSPN https://sspn.plus/borang/borang-kebenaran-potongan-gaji-sspn-plus-15.pdf
- Isikan borang permohonan tersebut dengan lengkap, dan hantarkan kepada cawangan SSPN berhampiran anda
NOTA: hanya pemilik akaun (jika masih hidup) yang berhak mengeluarkan atau menutup akaun SSPN.
CARA TUTUP AKAUN SSPN (Kematian Penerima Manfaat)
Sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, pendeposit hendaklah membuat penutupan akaun seperti berikut.
- Hadir ke cawangan SSPN yang berhampiran beserta dkumen yang diperlukan
- Akaun akan ditutup setelah mendapat makluman kematian daripada pendeposit.
- Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen lengkap untuk tuntutan khairat kematian.
CARA TUTUP AKAUN SSPN (Kematian Pendeposit)
Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara penutupan akaun SSPN, anda boleh melayari website rasmi Skim Simpanan Pendidikan Nasional di pautan https://lovesspn.com/
ARTIKEL LAIN
SSPN Prime 2023(Cara Daftar Login Online & Tambah Deposit)
1 thought on “CARA TUTUP AKAUN SSPN (Terminate Kes Kematian)”