Permohonan Subsidi Kafa-I (Bantuan Yuran KAFA B40)

Permohonan Subsidi Kafa-I (Bantuan Yuran KAFA B40)

 Subsidi Kafa-I

Pemberian subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) sebanyak RM30 sebulan tahun 2022 mampu menyokong sektor pendidikan rakyat .

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pemberian subsidi RM30 sebulan kepada 14,000 murid daripada keluarga kurang berkemampuan (B40).

Amirudin berkata pemberian sekali bayar itu julung kali dilaksanakan dan inisiatif juga sebagai galakan kepada masyarakat menyediakan pendidikan Agama Islam untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.

Bantuan melibatkan peruntukan RM5 juta itu turut meringankan beban ibu bapa serta penjaga yang berdepan masalah ekonomi susulan Covid-19.

Apa Itu KAFA

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula tahun 1 hingga tahun 6 yang berdaftar dengan Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama Negeri) dengan menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.

https://www.islam.gov.my/ms/pendidikan/kafa

Jumlah Bantuan Subsidi KAFA-i

Jumlah bantuan subsidi KAFA-i adalah sebanyak RM30 sebulan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan membolehkan anda layak untuk mendapatkan subsidi ini adalah anda tergolong dalam kategori B40.

Cara Pemberian Subsidi KAFA-i

Pemberian subsidi adalah secara terus kepada institusi KAFA yang didaftarkan.

Jenis Sekolah Agama KAFA

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)

  1. Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dilaksanakan di premis yang berdaftar dengan Agensi Agama Islam Negeri.
  2. Murid KAFA berumur antara 7 hingga 12 tahun.
  3. KAFA menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh JAKIM.
  4. Peruntukan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.

Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN)

  1. Sekolah rendah agama yang didirikan oleh Kerajaan Negeri, ditadbir urus di bawah Agensi Agama Islam Negeri dan ianya tidak ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Murid  berumur antara 7 hingga 12 tahun.
  3. SRAN menggunapakai kurikulum kebangsaan dan kurikulum KAFA/ Negeri.
  4. Peruntukan kewangan, guru dan bantuan infrastruktur sepenuhnya dari Kerajaan Negeri.

Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR)

  1. Sekolah rendah agama yang didirikan dengan daya usaha rakyat dan dikelola oleh Lembaga Pengurusan Sekolah.
  2. Murid  berumur antara 7 hingga 12 tahun.
  3. SRAR menggunapakai kurikulum kebangsaan dan kurikulum KAFA/   Negeri.
  4. Peruntukan kewangan sebahagian dari rakyat dan sebahagian bantuan diberikan oleh Kerajaan Negeri.

Mahaad Tahfiz Swasta (Rendah)

  1. Sekolah/ maahad tahfiz rendah yang didirikan dan ditadbir urus oleh individu/persatuan/organisasi/syarikat korporat/pertubuhan politik dan ianya tidak ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Murid   berumur antara 7 hingga 12 tahun.
  3. Menjalankan kurikulum kebangsaan dan kurikulum tahfiz/ Negeri atau kurikulum tahfiz sahaja.
  4. Peruntukan kewangan, guru dan bantuan infrastruktur dibiayai sendiri oleh badan yang menubuhkan tahfiz tersebut.

Sekolah Rendah Agama Swasta

  1. Sekolah rendah agama yang didirikan dan ditadbir urus oleh individu/persatuan, organisasi/ syarikat korporat/pertubuhan politik dan ianya tidak ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Murid adalah dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun sahaja.
  3. Menjalankan kurikulum kebangsaan dan Negeri/ KAFA.
  4. Peruntukan kewangan, guru dan bantuan infrastruktur dibiayai sendiri oleh badan yang menubuhkan sekolah tersebut.

Artikel lain : MPKAFA: Modul Penilaian Kelas Pernilaian Al-Quran Dan Fardhu Ain

1 thought on “Permohonan Subsidi Kafa-I (Bantuan Yuran KAFA B40)”

Leave a Comment