SUKMA XX MSN 2022 (Jadual Tarikh Acara Keputusan Kedudukan Pingat Terkini)
Sukma edisi ke-20 yang bakal berlangsung mulai 16 hingga 24 September 2022 kelak akan dikenali sebagai Sukma XX MSN 2022.
Jom sama-sama kita memberikan sokongan padu kepada atlet negeri masing-masing. Kami turut menyediakan Jadual Tarikh Acara untuk anda semua.
Apa Itu SUKMA XX MSN
Temasya Sukma XX ini dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan mempertandingkan 31 jenis sukan melibatkan 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan serta dua sukan demonstrasi – silambam dan kabaddi.
Dijangkakan 10,000 atlet dan pegawai, mewakili negeri masing-masing bakal menyertai temasya yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Bangi, Bukit Jalil,Shah Alam dan Pulau Langkawi.
Maskot SUKMA XX MSN 2022 iaitu ‘Oyen’ yang melambangkan ‘Harimau Malaya’ yang tidak luntur semangat, tabah menghadapi perjuangan.
Jom daftar sukarelawan sukan di sini : https://www.nsc.gov.my/en/jom-daftar-2/
Acara Sukan SUKMA Dan Pingat Yang Ditawarkan
Sebanyak 426 acara membabitkan 223 acara lelaki,184 wanita dan 19 campuran daripada 31 jenis sukan bakal dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 MSN 2022
sukan olahraga dan akuatik menjadi lubuk emas apabila masing-masing menawarkan 44 dan 43 pingat emas, diikuti kanu (33), berbasikal (30), menembak (26), pencak silat (26), wushu (25) dan gimnastik (21).
Tinju (12 acara), bola sepak (satu) dan kriket (satu) hanya melibatkan kategori lelaki, manakala e-sukan menawarkan lima emas tanpa mengira jantina (campuran).
Venue Sukan SUKMA XX
Sebanyak 43 venue pertandingan di lima zon telah dikenal pasti, iaitu Kuala Lumpur (lapan jenis sukan dan dua sukan demonstrasi di 10 venue), Bangi (sembilan sukan di 13 venue), Bukit Jalil (sembilan sukan di 10 venue), Shah Alam (lapan sukan di sembilan venue) dan Pulau Langkawi (perahu layar).
Tonton SUKMA XX Secara Langsung
Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai rakan penyiar rasmi Sukan Malaysia Sukma edisi ke-20 ini.
Pada edisi kali ini kita akan membuat liputan kepada acara-acara terpilih untuk kita siarkan di program televisyen kita menyediakan dua laporan harian sesi pagi dan petang. Manakala di radio lintas langsung untuk laporan Sukma di sepanjang hari.
Jadual dan Keputusan Bolasepak SUKMA XX 2022
Berikut dikongsikan jadual dan keputusan perlawanan bolasepak beserta carta kedudukan SUKMA tahun 2022:
12 September 2022 (Isnin) – Peringkat Kumpulan
[4.15PM] Perak (0) – (2) Selangor
[4.15PM] Wilayah Persekutuan (1) – (0) Negeri Sembilan
[4.15PM] Sarawak (2) – (1) Melaka
[8.15PM] Pahang vs Johor
13 September 2022 (Selasa) – Peringkat Kumpulan
[4.15PM] Perlis vs Kedah
[4.15PM] Terengganu vs Sabah
14 September 2022 (Rabu) – Peringkat Kumpulan
[4.15PM] Pahang vs Sarawak
[4.15PM] Wilayah Persekutuan vs Perak
[4.15PM] Selangor vs Negeri Sembilan
[8.15PM] Melaka vs Johor
15 September 2022 (Khamis) – Peringkat Kumpulan
[4.15PM] Terengganu vs Kelantan
[4.15PM] Perlis vs Pulau Pinang
16 September 2022 (Jumaat) – Peringkat Kumpulan
[4.15PM] Selangor vs Wilayah Persekutuan
[4.15PM] Perak vs Negeri Sembilan
[4.15PM] Johor vs Sarawak
[8.15PM] Pahang vs Melaka
17 September 2022 (Sabtu) – Peringkat Kumpulan
[4.15PM] Sabah vs Kelantan
[4.15PM] Kedah vs Pulau Pinang
19 September 2022 (Isnin) – Suku Akhir
21 September 2022 (Rabu) – Separuh Akhir
23 September 2022 (Jumaat) – Akhir
– Penentuan Pingat Gangsa
– Penentuan Pingat Emas & Perak
Info Penting:
*Jadual dan keputusan bolasepak SUKMA akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Jadual Acara Sukan SUKMA XX
BIL | SUKAN | TARIKH PERTANDINGAN | JUMLAH HARI |
1 | BOLA SEPAK | 12 hingga 23 September 2022 Stadium Bola Sepak KL,UKM, UiTM, UM, UNITEN | 12 |
2 | WUSHU | 14 hingga 16 September 2022 Gimnasium 2, MSN | 3 |
3 | BERBASIKAL | ||
LEBUHRAYA | 14 hingga 17 September 2022 Bandar Baru Sendayan Seremban, N. Sembilan | 4 | |
BMX | 17 hingga 18 September 2022 Arena BMX Nasional, Nilai, N. Sembilan | 2 | |
TREK | 19 hingga 22 September 2022 Velodrom Nasional, Nilai, N.Sembilan | 4 | |
MTB | 22 hingga 24 September 2022 Taman Cabaran, Putrajaya | 3 | |
4 | SEPAK TAKRAW | 14 hingga 22 September 2022 Dewan Sri Sarjana, UNITEN | 9 |
5 | OLAHRAGA | 15 hingga 18 September 2022 Stadium Nasional, Bukit Jalil | 4 |
6 | HOKI | 15 hingga 23 September 2022 Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil | 9 |
7 | BOLA KERANJANG | ||
5 X 5 | 15 hingga 21 September 2022 Stadium MABA | 7 | |
3 X 3 | 22 hingga 23 September 2022 Stadium MABA | 2 | |
8 | KARATE | 15 hingga 17 September 2022 Dewan Kompleks Sukan, UiTM Shah Alam | 3 |
9 | KRIKET | 15 hingga 24 September 2022 UKM Oval (Padang 1) & Selangor Turf Club (Padang 2) | 10 |
10 | PETANQUE | 17 hingga 23 September 2022 Arena Petanque Kuala Lumpur, Pudu Ulu | 7 |
11 | LAWN BOWLS | 16 hingga 24 September 2022 Kompleks Sukan Bukit Kiara | 9 |
12 | GIMNASTIK | 17 hingga 19 September 2022 Gimnasium 3, MSN | 3 |
GIMRAMA | 21 hingga 23 September 2022 Gimnasium 1, MSN | 2 | |
13 | ESPORTS | 17 hingga 19 September 2022 E-Sport Business Network, Quill City Mall, Kuala Lumpur | 3 |
14 | MUAY THAI | 17 hingga 21 September 2022 South City Plaza, Seri Kembangan | 5 |
15 | MEMANAH | 17 hingga 22 September 2022 Stadium USIM, Nilai, N. Sembilan | 6 |
16 | SKUASY | 17 hingga 23 September 2022 Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil & Pusat Skuasy Jln. Duta KL | 7 |
17 | TENIS | 17 hingga 23 September 2022 Kompleks Sukan Jalan Duta, K.Lumpur | 7 |
18 | BOLA TAMPAR | ||
DEWAN | 17 hingga 23 September 2022 Dewan MBSA Seksyen 4 & 19 Shah Alam | 7 | |
PANTAI | 18 hingga 22 September 2022 Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA, Seksyen 19 Shah Alam | 5 | |
19 | TINJU | 17 hingga 24 September 2022 Kompleks Futsal Presint 18, Putajaya | 8 |
20 | PELAYARAN | 18 hingga 23 September 2022 Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi | 6 |
21 | TENPIN BOWLING | 18 hingga 22 September 2022 Sunway Megalane, Sunway Pyramid | 5 |
22 | KANU | 18 hingga 23 September 2022 Kompleks Sukan Air (KOSA) Presint 6, Putrajaya | 6 |
23 | MENEMBAK | 18 hingga 23 September 2022 Lapang Sasar Menembak, Subang | 6 |
24 | RAGBI | 19 hingga 22 September 2022 Padang Ragbi, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam | 4 |
25 | ANGKAT BERAT | 19 hingga 22 September 2022 Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya | 4 |
26 | AKUATIK | ||
RENANG | 19 hingga 23 September 2022 Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil | 5 | |
TERJUN | 20 hingga 22 September 2022 Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil | 3 | |
27 | BOLA JARING | 19 hingga 24 September 2022 Stadium Juara, Bukit Kiara | 6 |
28 | GOLF | 20 hingga 22 September 2022 Kelab Golf Negara Subang | 3 |
29 | JUDO | 20 hingga 22 September 2022 Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam | 3 |
30 | BADMINTON | 20 hingga 24 September 2022 Axiata Arena, Bukit Jalil | 5 |
31 | PENCAK SILAT | 20 hingga 24 September 2022 Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai, N.Sembilan | 5 |
Kedudukan Pingat SUKMA XX
SUKAN MALAYSIA XX MSN 2022
Kedudukan terkini pungutan pingat SUKMA 2022 sehingga 23 September 2022.
Johor masih mengekalkan kedudukan pertamanya dalam carta pungutan pingat keseluruhan dengan jumlah sebanyak 71 pingat . KL terus meletakkan dirinya di tangga kedua dengan kutipan pingat 48. Mampukah KL mengatasi Johor? Sama-sama kita nantikan.
Ayuh keluarga Malaysia! Berikan sokongan dan semangat anda pada atlet-atlet Sukan Malaysia!
Artikel Lain : Check Harga Tiket Sukan
Lebih baik Relay Team dalam bahasa Melayu di sebut pasukan atau rangkaian pelari dan JANGAN sekali sebut kuartet kerana sebutan lucah tamil bunyi yang sama . Jangan tiru bahasa Inggeris alih bahasa /translate buta2