TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK:CARA MOHON & SEMAKAN PERMOHONAN
Tabung simpanan pendidikan anak Perak ialah satu Insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Perak untuk anak kelahiran negeri Perak.
Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) di bawah PTPTN.
Borang permohonan Tabung simpanan pendidikan anak Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my
Khas untuk warga negeri Perak, anda mempunyai kelayakan untuk mendapat wang percuma sebanyak RM200 melalui Tabung simpanan pendidikan anak Perak.
Bantuan Tabung simpanan pendidikan anak Perak ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti, mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi dan mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.
Baca Juga: BIASISWA PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU 2021:PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
Baca Juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2021:Permohonan Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40
Syarat-syarat Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
Tabung Simpanan Pendidikan ini merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak, berikut merupakan syarat permohonan :
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
- Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
- Pendapatan (isi rumah) di bawah RM 5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019).
- Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
Nota :
Bagi permohonan di no 2, dan 3, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN
Bagi permohonan di no 4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.
Baca Juga: PERMOHONAN BIASISWA MyBRAIN SC 2021 (PHD,MASTER & IJAZAH PERTAMA)
Cara Membuat Permohonan
Anda wajib membuka akaun SSPNi-i sekurang kurangnya serendah RM 20. Untuk pembukaan akaun secara online sila klik link di bawah:
Buka Akaun SSPN-i : https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/
Sila masukkan id : 000004179
Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau muat turun secara online melalui link dibawah :
Borang Permohonan : http://yayasanperak.gov.my/v5/borang/Borang
Nota : Sokongan/Perakuan – ADUN / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
Borang permohonan Yayasan Perak yang lengkap boleh hantar di Yayasan Perak atau hantar ke cawangan PTPTN UTC PERAK. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.
Baca juga: BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929/253 7779.
atau
Whatsapp untuk keterangan lanjut:
Cik Hafizah : https://wapp.my/60142582948/JomSimpan
Puan Izzati : https://wapp.my/60164144210/sspn
Encik Aikal : http://www.wasap.my/60174660206
Encik Khairul : https://wapp.my/601151488755/JomSimpan
Cik Aina : http://www.wasap.my/60175296675
Encik Hazarul : http://www.wasap.my/60149053518
Puan Intan : http://www.wasap.my/60125300468
Puan Afifa : http://www.wasap.my/60175859693