UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS (UKDK): Contoh Soalan & Semakan Keputusan

UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS (UKDK): Contoh Soalan & Semakan Keputusan

UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS

Kepada pelajar sekolah agama di Negeri Johor yang ingin mengambil Sekolah Darjah Khas Agama (SDKA), semestinya perlu menduduki Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK). Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh soalan UKDK dan cara semakan, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS (UKDK)

UKDK ini merupakan ujian yang menggantikan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) tahun 6, jadi ujian ini hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim sahaja di bawah kendalian Pejabat Agama Johor.

 

TUJUAN SIJIL DARJAH KHAS AGAMA

Sistem pengajian diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

 

OBJEKTIF SIJIL DARJAH KHAS AGAMA

Berikut adalah merupakan objektif pengwujudan SDKA iaitu:

  • Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
  • Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap
  • Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat
  • Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

 

TEMPOH PENGAJIAN SIJIL DARJAH KHAS AGAMA

Berikut adalah merupakan tempoh penggajian SDKA ini iaitu:

  • Tempoh penggajian adalah selama setahun (dari bulan Februari hingga November)
  • Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.
  • Hari pengajian bagi SDKA hanyalah 1 hari persekolahan dalam seminggu di mana masa pembelajaran daripada 8 pai hingga 1 tengah hari (5 jam sahaja).

 

TARIKH UKDK

Tarikh ujian UKDK bagi sesi 2023 akan dikemaskini kemudian

 

CONTOH SOALAN UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS

Tiada contoh soalan yang jelas mengenai UKDK ini, walaupun penilaian namun objektif soalan merangkumi penilaian tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang:

  • Pembacaan dan hafazan Al-Quran
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Jawi
  • Amali Solat
  • Amali Cara Hidup Islam.

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS

Kepada para pelajar yang ingin membutat semakan bagi keputusan UKDK, anda boleh menghadiri ke  sekolah masing-masing kerana penyemakan ini hanya boleh dibuat secara manual

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai UKDK, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di pautan https://jainj.johor.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA): Semak Keputusan Hilang Tarikh Ujian

4 thoughts on “UJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS (UKDK): Contoh Soalan & Semakan Keputusan”

Leave a Comment