Koleksi Teka Teki & Jawapan Terkini (Lawak Bodoh & Kelakar)

Koleksi Teka Teki & Jawapan Terkini (Lawak Bodoh & Kelakar)

Teka Teki

Hidup ini janganlah terlampau serius dan stress. Jom kita sama-sama bergembira dengan menjawab soalan teka teki yang kelakar dan amat lucu.

Kami akan kongsikan koleksi soalan yang boleh buat anda geli hati.

Koleksi Teka Teki Kelakar

1. Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?

Jawapan: Hang Tuah

2. Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas?

Jawapan: Saterika

3. Gajah terbang dengan apa?

Jawapan: Gajah terbang dengan bersusah payah

4. Ada dua orang bapak dan dua orang anak, mereka pergi ke hutan untuk memburu kancil, malangnya mereka hanya dapat tiga ekor, tetapi waktu kembali ke rumah, masing-masing membawa pulangg satu ekor. Macam mana boleh jadi begitu

Jawapan: Yang pergi berburu itu hanya tiga orang, seorang datuk, seorang anak dan seorang ayah, bukannya 4 orang.

5. Macammana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?

Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.

6. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan: Penguin

7. Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Jawapan: Stokin itu akan basah lah.

8. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Jawapan: Telur

9. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Jawapan: Kuih Donut

10. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu)

11. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

12. Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila aku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

13. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?

Jawapan: Ke bawah! Ia masih menghadap ke bawah dan memakan rumput.

14. Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Jawapan: Speedometer bas lah

15. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

16. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?

Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

17. Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut!

18. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam, dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.

19. Kenapa di tepi rel kereta api ditaruh batu kerikil?

Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

20. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

 

Koleksi Teka Teki Lucu

 

Soalan Teka Teki 1: Sebuah basikal ada tayar, lepas tayar pulak ada tempat duduk, lepas tempat duduk ada pulak besi, lepas besi, ada handle, lepas handle apa?

Jawapan Teka Teki 1: Jatuh! Aduh sakitnya bukan kepalaaaaaang!

Soalan Teka Teki 2: Ada satu benda ni, kalau kita tak bagitahu orang yang kita ada dia, dia akan tetap ada. Tapi, kalau kita bagitahu je orang, terus dia jadi tak ada. Apakah benda ni
Jawapan Teka Teki 2: Rahsia. Bila dah bagitahu orang, takdelah rahsia lagi.

Soalan Teka Teki 3: Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?
Jawapan Teka Teki 3: Bil api (Biasa-biasa memang tak panas, tapi kalau tinggi boleh bikin panas..hehe)

Soalan Teka Teki 4: Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan Teka Teki 4: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape.

Soalan Teka Teki 5: Masa pergi dia terbang, masa balik dia berenang-renang. Siapa dia?
Jawapan Teka Teki 5: Mata kail. Abam kaki mancing takkan tak boleh jawab kot.

Soalan Teka Teki 6: Kenapa Superman selalu pakai baju ketat je?
Jawapan Teka Teki 6: Nak buat macam mana, dah baju dia saiz S.

Soalan Teka Teki 7: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan Teka Teki 7: Zip.

Soalan TekaTeki 8: Apakah binatang yang hidup di udara, darat, dan juga air?
Jawapan Tek Teki 8: Burung Raja Udang, sebab dia jadi burung di udara, raja di darat, dan udang di laut.

Soalan TekaTeki 9: Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan Teka Teki 9: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

Soalan TekaTeki 10: Kalau seorang, dia sendiri tahu. Bila berdua pula, dua-dua mesti tahu. Tapi kalau bertiga, tiada yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat pula, lagilah tak tahu. Apa dia tu?
Jawapan Teka Teki 10: Kentut (lagi-lagi yang jenis silent killer.. senyap tapi membunuh.)

 

Koleksi Teka Teki Lawak

 

Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang banyak mata?

Jawapan: Ikan bilis 1kilo.

Apa persamaan antara Siti Nurhaliza dengan Michael Jackson?

Jawapan: Dua dua tak kenal kau.

Pak Aji kalau terkejut jadi apa?

Jawapan: G-shock.

Benda apa yang lebih kecil dari kuman?

Jawapan: Anak kuman.

Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.

Jawapan: Seluar dalam.

4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?

Jawapan: Sebab tak hujan.

Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia perempuan?

Jawapan: Ikan patin (Fatin).

Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia lelaki?

Jawapan: Ikan bakar.

Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang maknyah?

Jawapan: Ikan patin bakar.

Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang masuk syurga?

Jawapan: Ikan patin bakar sebab dia maknyah.

Haiwan apa yang ejaan dia ada 2 huruf ja?

Jawapan: udang.

Kenapa jawapan dia udang?

Jawapan: U dan G.

Bom apakah yang tidak boleh meletup?

Jawapan: Bomba

Ulat bulu kalau dia nak lalu, dia kata apa?

Jawapan: Ketepila (Caterpillar)

Gajah lalu titi, titi tu patah, kambing lalu pulak apa yang patah?

Jawapan: Patah balik.

 

Artikel Lain : Koleksi Pantun Dan Ucapan Perkahwinan

1 thought on “Koleksi Teka Teki & Jawapan Terkini (Lawak Bodoh & Kelakar)”

Leave a Comment