TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN SEKOLAH(Contoh & Format)

TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN SEKOLAH(Contoh & Format)

TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN SEKOLAH

Sekolah anda akan mengajurkan kejohanan olahraga balapan peringkat sekolah, pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacara majlis tersebut.

Penganjuran sesuatu majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kami akan kongsikan kepada anda semua contoh teks pengacara majlis sempena kejohanan olahraga balapan peringkat sekolah.

TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA

Definisi Pengacara Majlis

Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)

Artikel Lain : Teks Pengacara Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah

CONTOH TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN SEKOLAH

Anda boleh dapatkan teks pengacara majlis disini : CONTOH TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN SEKOLAH 2020

PERKARA/PEMBACAPENGUMUMANCATATAN
PENGUMUMAN KETIBAANMengumumkan ketibaan,

 

Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai, Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin, Yang Dipertua PIBG Sk Kota Masai, barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa PIBG.

 

 
PERARAKAN MASUK PERBARISAN RUMAH SUKANHadirin,

 

Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas hormat perbarisan rumah sukan. Sebelum itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan  Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang   diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyempurnakan perarakan lintas hormat. Dipersilakan.

 

Perarakan lintas hormat ini diketuai dengan pembawa bendera kejohanan yang dipimpin oleh Saudara Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz dari kelas 6 Bestari.

 

Hadirin di hormati ,

Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari rumah sukan coklat dengan keunggulan pahlawan Megat Terawis. Berlandaskan motto pasukan

“____________________________________________________________________________”

Pasukan Coklat.

 

*********

Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah ungu dengan perwira sejati Rosli Dhobi. Dengan motto

“_________________________________________________________________________” pasukan rumah ungu .

 

************

Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah meron bertunjangkan perwira bangsa dato bahaman. Dengan bertunjangkan motto

“________________________________________________________________________”

Pasukan rumah meron .

 

***********

Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah biru yang setia bersama pahlawan  Mat Kilau berteraskan motto pasukan

Pasukan rumah biru .

 

************

Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada pagi ini adalah dari rumah merah jambu berlaksamanakan perwira Rentap. Berpegang kepada motto pasukan

“_________________________________________________________________________”

Pasukan rumah merah jambu .

 

************

Kontinjen seterusnya, dari rumah merah  dengan kemegahan pahlawan Dol Said.                   . Dengan motto pasukan

“_________________________________________________________________________”

Pasukan rumah merah .

 

************

Seterusnya, kontinjen dari rumah Hijau berjuang bersama pahlawan Tok Janggut. Bersama motto

” _______________________________________________________________________”

Pasukan  Hijau .

 

 

************

Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari rumah kuning dengan pejuang bangsa Pahlawan Mat Salleh. Dengan motto

” ___________________________________________________________________________” pasukan kuning .

 

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang  dan Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai atas kesudian menyempurnakan  perarakan lintas hormat sebentar tadi.

 

 

 

 

Coklat-gimnastik

Ungu

Hijau

Merah

Meron

Biru

Kuning

Merah Jambu

KATA SALUTASI 

Melati tumbuh kuntum sekata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Salam sembah pembuka bicara.

 

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu illahi

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 

Yang Dihormati,

Encik Nazarul bin Jaafar,

Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti

Majlis Perbandaran Pasir Gudang

 

Yang Berusaha,

Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,

Guru besar SK Kota Masai;

 

Yang dihormati,

En. Hairul Nizam bin Zainol Abidin,

Yang dipertua PIBG SK Kota Masai;

 

 

Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif jemputan, tuan – tuan, puan – puan serta hadirin yang dimuliakan.

 

Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam menyambut mesra kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.

 

 

 

 

NYANYIAN LAGUHadirin yang dihormati,

 

Seterusnya adalah nyanyian ” LAGU BANGSA JOHOR” dan ” LAGU SEKOLAH”

Hadirin dipersilakan berdiri.

 

*Hadirin dipersilakan duduk.

 

BACAAN DOAHadirin yang dihormati,

 

Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai kali ke-16 pada hari ini.

 

Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

 

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

 

 

MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN DAN IKRAR KEJOHANAN 

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.

 

( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)

 

Seterusnya, dipersilakan SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

 

Majlis merakamkan terima kasih kepada SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz                                                        atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.

 

UCAPAN ALUAN GURU BESAR 

Hadirin yang dimuliakan,

 

Mudik di sungai mendayung sampan

Sampan didayung ke laut dalam

Sudilah lah tuan memberi ucapan

Kata aluan pemanis kalam

 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

 

–       Majlis mengucapkan terima kasih.

 

UCAPAN PERASMIANTuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,

 

Daun semulur di pekan sari

Batang jerami rebah ke bumi

Madah dihulur sembah diberi

Kata perasmi hajatnya kami

 

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang  untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

 

(Gimik Perasmian)

 

Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai Kali ke-16 Tahun 2020. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada  Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang  atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.

 

 

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMITuan-tuan dan puan-puan,

 

Burung Nuri dipandang dara,

Hingga di beranda di tengah laman,

Cenderamata diberi seikhlas jiwa,

Sebagai tanda buat kenangan.

 

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyampaikan cenderamata kepada  Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang   . Dipersilakan

 

Majlis mengucapkan terima kasih kepada  Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

 

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

 

PERARAKAN KELUAR PERBARISANHadirin yang dihormati,

 

Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.

PERSEMBAHAN SENAMROBIKHadirin yang dihormati,

Kelihatan di atas padang pasukan aerobik sekolah sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan. Dengan itu, sama-sama kita saksikan persembahan aerobik dari murid-murid SK Kota Masai. Dipersilakan.

 

Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat pasukan aerobik sekolah atas persembahan yang menarik itu tadi.

 

Untuk makluman hadirin, persembahan aerobik sebentar tadi telah dipimpin oleh

 

 

ACARA 100 M L12 & P12Hadirin,

 

Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi iaitu acara 100M L12 akhir dan acara 100M P12 akhir.

 

PENYAMPAIAN  HADIAHSidang hadirin yang dimuliakan,

 

Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah.

 

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

 

(Nama pemenang)

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan hadiah sebentar tadi.

 

PEMERIKSAAN KHEMAH RUMAH SUKANHadirin yang dimuliakan,

 

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan diteruskan dengan acara lawatan ke khemah rumah sukan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Ahli

Jawatankuasa PIBG SK Kota Masai untuk menyempurnakan pemeriksaan khemah rumah sukan. Dipersilakan.

 

Untuk makluman para hadirin, Tema Kejohanan Sukan pada tahun ini ialah                         . Semua rumah sukan telah berganding bahu dalam menjana idea dan kreativiti demi memastikan kejayaan rumah sukan masing-masing.

 

 

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram atas penyempurnaan acara itu sebentar tadi.

 

JAMUAN MAKAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hadirin,

 

Terbang rendah burung merbah,

Hinggap berdua di pohon ara,

Penganan mulia terletak sudah,

Dijemput tuan menjamu selera.

 

Sama-sama kita berikan laluan mesra kepada, Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram, barisan pentadbir serta dif-dif jemputan ke laman selera untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Dipersilakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ACARA 100M P10, 100M L10, 100M P11, 100M L11 

 

 

 

ACARA IBU BAPA 

 

 

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA 100M L&P 10, 100M L&P 11,  IBU BAPA (YDP PIBG & GPK KOKO)
PERTANDINGAN SORAK

 

ACARA 4 X 100 M L12, P10, P11, P12

 

 

 

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA 4 X 100M (NYDP PIBG & GPK HEM)
ACARA 4 X 100M L10, 4X100M L11, 4X100M L12 JEMPUTAN
PENYAMPAIAN HADIAH  ACARA 4 X 100M L10, 4X100M L11, 4X100M L12 JEMPUTAN
ACARA TARIK TALI GURU 

 

 

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH 

Hadirin yang dihormati,

 

Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta berhimpun ke tengah padang untuk meneruskan acara. Dipersilakan.

 

Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru dipertandingkan sebentar tadi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin Hj Mohd Alie diiringi Cikgu Zaharel bin Atan, Guru penolong kanan kokurikulum bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENUTUPHadirin yang dihormati,

 

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan semua pentadbir dan tetamu jemputan ke podium untuk acara penurunan dan penyerahan bendera kejohanan. Dipersilakan.

 

Upacara menurunkan bendera kejohanan.

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

 

Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahrga Tahunan SK Kota Masai kali ke-15 ini dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’

 

Sekian, terima kasih

 

Majlis bersurai…….

 

Kursus Latihan Pengacaraan Majlis

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146

Semoga perkongsian contoh teks pengacara sempena kejohanan olahraga dan balapan peringkat sekolah ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment