TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sekolah anda akan mengajurkan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah, pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacara majlis tersebut.

Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kami akan memberikan contoh teks pengacara sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

 

Definisi Pengacara Majlis

Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Anda boleh download teks di pautan ini : Contoh 1

 

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

CUEANN.
 

KETIBAAN

 

Mengumumkan ketibaan Yang dihormati, Encik Mahari bin Kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Tuan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan menuju ke Persada Perpaduan.

 

 

SALUTASI

 

Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor.

 

Yang dihormati,

Encik Mahari bin Kapor,

Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

 

Yang berusaha,

Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Yang dihormati,

Puan Norhaliza binti Taha,

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Encik Saifuldin bin Hassan,

Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai

 

Ahli Jawatankuasa penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan Kota Masai,

 

Barisan guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

 

 

KATA-KATA ALUAN PENGACARA

Hadirin yang dirahmati,

 

Kayu dibelah di tepi paya,

Sampai di baruh gelap gelita,

Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,

Menerangi seluruh alam semesta.

 

Sampai di baruh gelap gelita,

Suram cahayanya di rumah bonda,

Menerangi seluruh alam semesta,

Dengan berkatnya kelahiran baginda.

 

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang menerangi kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

 

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1439 Hijrah ini merupakan satu pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang tidak berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.

 

 

BACAAN DOA

 

Para guru dan murid yang dihormati,

 

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Zainal Abidin bin Wan Dollah untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

 

–       Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari ini.

 

 

UCAPAN YDP PIBG

 

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

 

Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Pihak majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati Encik Mahari bin Kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

 

CERAMAH MAULIDUR RASUL

 

Para guru dan murid,

 

Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis dengan menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Abdul Mahfuz bin Abdul Mubin untuk tampil bagi menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

 

–       Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat sebentar tadi. Semoga semua guru dan murid dapat mengambil ibrah dan tarbiah daripada ceramah yang disampaikan sebentar tadi.

 

 

PERTANDINGAN SELAWAT

 

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

 

Majlis kita akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan selawat. Untuk pengetahuan hadirin, pertandingan selawat ini merupakan pertandingan di antara pasukan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Kota Masai di bawah kelolaan Ustazah Nur Hidayah binti Almi.

 

Tanpa melengahkan masa, pihak majlis menjemput dan mempersilakan kumpulan yang pertama,

Untuk menyampaikan persembahan selawat. Dipersilakan.

 

(Pertandingan selawat)

 

 

 

 

 

PERSEMBAHAN NASYID

 

Para hadirin yang dikasihi,

Alangkah molek majlis kita andai diserikan dengan persembahan. Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Ustaz Wan Najib bin Wan Anuar untuk menyampaikan persembahan dua buah lagu iaitu, Ya Rasulullah dan Perkhabaran Yang Pasti. Majlis mempersilakan.

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

 

 

PENYAMPAIAN HADIAH

 

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

 

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.

Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Norhaliza binti Taha, Penolong Kanan Pentadbiran untuk tampil ke pentas utama. Dipersilakan.

 

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, Encik Mahari bin Kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menerima cenderahati daripada pihak sekolah. Dipersilakan.

 

Seterusnya, dijemput Ustaz Abdul Mahfuz bin Abdul Mubin untuk tampil menerima cenderahati. Majlis mempersilakan.

 

Bagi pertandingan selawat sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai, diumumkan pemenang Tempat kelima,

Tempat keempat

Tempat ketiga

Naib Johan

Johan

 

(Penyampaian hadiah pertandingan selawat)

 

Seterusnya, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Kumpulan Kompang Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati.

 

Dan, majlis menjemput Ustaz Wan Muhammad Najib bin Wan Anuar untuk tampil menerima cenderahati. Dipersilakan.

 

–       Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian menyampaikan cenderahati dan hadiah sebentar tadi.

 

 

 

 

 

 

 

BERSURAI

 

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

 

Dengan itu, berakhirlah majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai pada hari ini. Pihak majlis menjemput dan mempersilakan para guru dan murid untuk menikmati juadah yang disediakan. Mohon tindakan guru kelas untuk mengagihkan makanan kepada murid-murid.

 

Sekian, Assalammualaikum w.b.t

Kursus Latihan Pengacaraan Majlis

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146

Semoga perkongsian berkenaan teks pengacara majlis sambutan Maulidur Rasul ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Contoh Teks Pengacara Mesyuarat Agong PIBG

4 thoughts on “TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL”

Leave a Comment