TEKS PENGACARAAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Sekolah anda akan mengadakan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah, pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacaraan majlis tersebut.
Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.
Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.
Kami akan memberikan contoh teks pengacaraan sempena pelancaran bulan kemerdekaan.
Definisi Pengacara Majlis
Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)
Artikel Lain : Teks Pengacara Majlis Hari Guru
Contoh Teks Pengacaraan Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Anda boleh download teks di pautan ini : CONTOH 1
TEKS PENGACARAAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2017
Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Pembuka majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan Lagu Negaraku.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan _________________________
untuk memimpin bacaan ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.
Guru-guru dipersilakan duduk.
Murid-murid dipersilakan duduk.
**************************************
Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam muafakat Johor dan salam Negaraku Sehati Sejiwa. Bismillahirahmanirahim
Ceria wajah terserlah manis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa
Yang berusaha,
Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Yang dihormati,
Puan Norhaliza binti Taha,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Puan NorAiani binti Ghazali,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Encik Zaharel bin Atan,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kota Masai.
Ahli jawatankuasa penyelaras Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Kota Masai.
Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.
Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.
Para guru dan murid yang dihormati,
Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema, ‘Negaraku Sehati Sejiwa’
secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-60 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah. Semuanya berada di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan.
Para hadirin yang dikasihi,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
- Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.
*PERSEMBAHAN GIMIK
Yang baru sahaja kita saksikan bersama merupakan gimik persembahan yang cukup menarik sebagai simbolik pelancaran bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi tahun 2017. Terima kasih diucapkan.
Para guru dan murid yang dikasihi,
Majlis kita semakin tiba di persadanya. Majlis seterusnya mempersilakan Encik Amizam bin Mohamed selaku Penyelaras Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pelancaran bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi tahun 2017. Majlis mempersilakan.
- Begitulah tadi ucapan perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2017. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Tuan Guru Besar atas kesudian merasmikan majlis.
Hadirin yang dihormati,
Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Jalur Gemilang’ dan ‘Tanggal 31’. Hadirin dipersilakan berdiri.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik yang penuh semangat daripada para guru dan murid. Hadirin dipersilakan duduk.
Para guru dan murid yang dikasihi,
Majlis kita takkan berseri tanpa persembahan yang dinanti. Untuk menyampaikan persembahan deklamasi sajak yang bertajuk, “Tanahair’ hasil karya Datuk Usman Awang, majlis menjemput dan mempersilakan Nur Nadia Husna binti Mohd Shukri dari kelas 4 Bestari untuk menyampaikannya. Dipersilakan.
Seterusnya, majlis mempersilakan Muhammad Alif Nazmi bin Midon dari kelas 4 Bestari untuk mendeklamasikan sajak bertajuk, Pahlawan Kemerdekaan. Majlis mempersilakan.
Tidak lengkap majlis kita tanpa persembahan daripada guru. Untuk menyampaikan deklamasi sajak berjudul, Jiwa Hamba, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Ustaz Mohd Dawawi bin Mohd Daud untuk menyampaikannya. Dipersilakan.
Usai persembahan deklamasi sajak, majlis kita beralih ke persembahan nyanyian lagu patriotik. Majlis mempersilakan Nur Najwa Adharina dan Muhammad Nor Haziq Syazwan untuk menyampaikan persembahan nyanyian lagu patriotik. Majlis mempersilakan.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sepanjang bulan kemerdekaan ini, telah diadakan pelbagai program dan pertandingan. Bagi menyampaikan hadiah pertandingan mewarna jalur gemilang prasekolah, mencipta kad ucapan hari kebangsaan, kuiz kemerdekaan dan pertandingan nyanyian lagu patriotik, majlis menjemput dan mempersilakan, _____________________________________________________________
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.
Mewarna jalur gemilang – Pra sekolah
Mencipta kad ucapan hari kebangsaan
Kuiz kemerdekaan
- Nadirah bt Yuslan – 4 Amanah
- Muhammad Danish Aiman – 4 Setia
- Shafiq Aiman bin Mohd Shahabullah – 5 Bijak
- Noramira Syuhada – 5 Mulia
- Putera Idham – 6 Amanah
- Alia Amirah bt Bhari – 6 Bestari
Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik
Tahun 4
Johan – Muhammad Faris bin Mohd Kamel – 4 Budiman
Naib Johan – Izuan Shafuan bin Ameruddin – 4 Amanah
Ketiga – Syukri bin Zainuddin – 4 Budiman
Tahun 5
Johan – Nur Najwa Adharina – 5 Gigih
Naib Johan – Muhammad Nor Haziq Syazwan – 5
Ketiga – Nur Farhana bt Romelindo – 5 Jujur
Seterusnya, bagi pemenang pakaian bertema warna bendera jalur gemilang guru sesi pagi, dipersilakan
Guru lelaki :
Guru perempuan :
Tahniah diucapkan.
Hadirin yang dihormati,
Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Kota Masai edisi tahun 2017 ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t.
Kursus Latihan Pengacaraan Majlis
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146
Semoga perkongsian berkenaan contoh teks pengacaraan sempena pelancaran bulan kemerdekaan ini memberikan manfaat kepada anda semua.