CONTOH TEKS UCAPAN WAKIL MURID PELAJAR (Majlis Hari Guru Pensaraan Anugerah & Lain-Lain)

CONTOH TEKS UCAPAN WAKIL MURID PELAJAR (Majlis Hari Guru Pensaraan Anugerah & Lain-Lain)

Kepada yang ditawarkan untuk menjadi wakil murid atau pelajar untuk memberi ucapan  sempena majlis hari guru, persaraan, anugerah dan lain-lain, semestinya anda akan mencari teks ucapan wakil pelajar untuk dirujuk supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Bagi memudahkan anda, di sini kami akan kongsikan Contoh Teks Ucapan Wakil Murid Pelajar dan anda hanya perlu copy dan edit sahaja. Semoga membantu.

 

CONTOH TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR MAJLIS HARI GURU

Berikut adalah merupakan contoh teks/skrip bagi ucapan sempena majlis hari guru iaitu:

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berusaha (Nama Penolong Kanan Kurikulum) , Yang dihormati (Nama Penolong Kanan HEM), dan Cikgu-cikgu yang berkaitan seta yang diraikan guru-guru (Nama Sekolah) dan yang disayangi rakan sekalian.  Saya (nama anda) sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

 

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan

menghargai jasa guru. Pada tahun ini, (“Tema Hari guru”) dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kritis dan kreatif dalam PAK 21. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

 

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. Bukan itu sahaja, namun pelbagai sudut guru membantu kita. Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. Guru banyak berkorban masa demi kita,jadi kita sebagai murid haruslah menghargai pegorbanan ini dengan sentiasa menghadirkan diri ke sekolah setiap hari tanpa ada alas an ponteng dalam diri.

 

Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga kita berjaya.

Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan

pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Oleh kerana itu mengapa kita tidak mengambil peluang ini semasa di sekolah. Berikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran nescaya ilmu yang diberikan guru suatu yang sukar kita dapati ditempat lain.Tumpukan Perhatian ketika pembelajaran kurangkan berbual kosong tanpa ilmu. Boleh atau tidak kawan-kawan….?

 

Wahai para guru yang kami sayangi,

Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun:

Buah Limau Buah Tembikai

Beli Rambutan Jual Ciku

Hari ini moh ramai ramai

Kita Meriahkan Sambutan Hari Guru

 

Sekian, terima kasih.

 

CONTOH TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR MAJLIS PERSARAAN GURU

Berikut adalah merupakan contoh teks/skrip bagi ucapan sempena majlis persaraan guru iaitu:

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Majlis Persaraan Guru

 

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha (Nama Penolong Kanan Kurikulum) , Yang dihormati (Nama Penolong Kanan HEM), dan Cikgu-cikgu yang berkaitan, yang diraikan ( Guru Yang Bersara)  serta kasihi guru-guru (Nama Sekolah) dan yang disayangi rakan sekalian.

 

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Rasul penunjuk kebenaran.

 

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru kami ini iaitu (Nama Guru Bersara) bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kami di (Nama Sekolah) ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang (Nama Guru Bersara).

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya bersesuaian dengan moto hidupnya, memberi lebih baik daripada menerima . Beliaulah sangat mengambil berat akan hal kami, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan sakit pening, demam kami.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar (Nama Sekolah) merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada (Nama Guru Bersara) yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada (Nama Guru Bersara) serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,

Mentari terbenam di ufuk barat,

Doa kami UTK guru tercinta

Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

 

CONTOH TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR MAJLIS APRESIASI

Berikut adalah merupakan contoh teks/skrip bagi ucapan sempena majlis Apresiasi iaitu:

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Majlis Apresiasi

 

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha (Nama Penolong Kanan Kurikulum) , Yang dihormati (Nama Penolong Kanan HEM), dan Cikgu-cikgu yang berkaitan, yang dikasihi guru-guru (Nama Sekolah) dan yang disayangi rakan sekalian.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk menyampaikan ucapan pada Majlis  Anugerah ini.  Saya  mewakili semua pelajar tahun 6 (Nama Sekolah) tahun  (tahun semasa)  ingin mengambil kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  tahniah  dan  syabas kepada warga pendidik (Nama Sekolah) kerana berjaya menganjurkan  majlis  ini.

 

Hadirin sekalian,

Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid  tahun 6 yang akan menamatkan pengajian di sekolah  ini, sekolah  yang kami sayangi ini. Betapa bangganya kami kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan sekolah, kami telah diraikan dan diberikan penghormatan dalam majlis  yang belum  kami  rasai  sebelum ini. Majlis Apresiasi UPSR ini kelak  akan menjadi suatu memori indah buat kami. Memori ini akan  kami  simpan   baik-baik  menjadi  lipatan sejarah. Inilah detik paling  indah buat kami .

Oleh itu,  saya mewakili semua  murid  tahun  6  mengucapkan  setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar  kami  sejak  kami  tahun satu hingga tahun enam.

Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru  sanggup  berkorban  masa, tenaga bahkan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah yang menjadi ibu bapa kedua bagi kami.

 

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,

Majlis Apresiasi ini memberikan pengertian yang  amat  besar  kepada  murid- murid tahun 6. Memakai jubah dan berbaris, kemudian naik ke pentas  seorang demi seorang untuk menerima  skrol merupakan  pengalaman  paling  berharga  buat kami. Majlis hari graduasi ini telah menjadi pembakar semangat kami agar tidak jemu berusaha untuk mencapai kejayaan  demi kejayaan sehingga kami benar-benar dapat menjejakkan  kaki ke menara gading.

Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang sebenar bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis  hari graduasi ini  menjadi  titik permulaan kepada kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, bara yang digenggam biar sampai jadi  arang,  agar  pada  suatu  hari  nanti  kami menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau.

 

Akhir kata, selaku wakil murid Tahun 6 (Nama Sekolah) Tahun (Tahun semasa), saya mengambil kesempatan  dalam majlis  ini  untuk  memohon   maaf kepada semua guru sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah laku  yang tidak disenangi sepanjang bergelar murid. Harapan kami agar guru-guru sekalian  berada  dalam  lindungan  dan rahmat Allah S.W.T sentiasa.

 

CONTOH TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR MAJLIS ANUGERAH

Berikut adalah merupakan contoh teks/skrip bagi ucapan sempena majlis anugerah iaitu:

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Majlis Anugerah

 

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha (Nama Penolong Kanan Kurikulum) , Yang dihormati (Nama Penolong Kanan HEM), dan Cikgu-cikgu yang berkaitan, yang dikasihi guru-guru (Nama Sekolah) dan yang disayangi rakan sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana denagn limpah kurnianya dapat kita berkumpul dan berhimpun di pagi yang mulia ini bagi meraikan Hari Anugerah Cemerlang, (Nama Sekolah). Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

 

Para hadirin sekalian,

Sempena Hari Anugerah Cemerlang (Tahun Semasa) ini, saya selaku wakil pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan guru-guru sepanjang mendidik kami di sini. Saya percaya segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh akan menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di masa hadapan. Segala sumbangan dan pengorbanan cikgu akan sentiasa dikenang. Terima kasih atas segala curahan ilmu cikgu kepada kami.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kita di atas pengorbanan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari dahulu hingga kini. Tanpa kedua-duanya, kami mungkin tidakakan berada di sini.

Ucapan syabas juga buat rakan seperjuangan yang bersama-sama sepanjang tahun ini,menimba pengalaman dan pengetahuan untuk masa depan kita. Semoga ikatan persahabatankita ini akan terus berpanjangan. Sebelum saya menamatkan ucapan saya ini, terimalah serangkap pantun dari saya:

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “CONTOH TEKS UCAPAN WAKIL MURID PELAJAR (Majlis Hari Guru Pensaraan Anugerah & Lain-Lain)”

Leave a Comment