TM PIALA MALAYSIA 2023 (Semak Keputusan & Jadual Perlawanan)
Kepada peminat bola sepak, tidak lama lagi akan menjelang tiba pertandingan Piala Malaysia. Semestinya anda akan memberi sokongan kepada pasukan anda terutamanya negeri anda sendiri. Disini kami akan kongsikan kepada anda semakan keputusan undian dan jadual perlawanan, semoga membantu.
APA ITU PIALA MALAYSIA
Piala Malaysia merupakan kejohanan bola sepak teragung di Malaysia dan antara kejohanan tertua di rantau Asia. Piala Malaysia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak Malaysia. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 100 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.
FORMAT PERTANDINGAN TM PIALA MALAYSIA
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan tiada aksi peringkat kumpulan bagi format TM Piala Malaysia 2022 di mana semua pasukan akan diundi untuk memulakan cabaran di pusingan 16 pasukan. Pertandingan akan dijalankan mengikut format seperti berikut
- Pusingan 16 secara timbal balik (tanpa peringkat kumpulan) – 16 perlawanan.
- Perlawanan Suku Akhir secara timbal balik – 8 perlawanan.
- Perlawanan Separuh Akhir secara timbal balik – 4 perlawanan.
- Perlawanan Akhir di venue neutral – 1 perlawanan
Ia mengambil kira beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar semasa dan impak kepada Piala Malaysia dengan ramalan cuaca yang membimbangkan menjelang akhir tahun yang tidak akan memberi MFL sebarang ruang untuk penangguhan sekiranya diperlukan.
Perkembangan itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menjelaskan keputusan itu diambil selepas mengambil kira beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar semasa dan impak kepada Piala Malaysia dengan ramalan cuaca yang membimbangkan menjelang akhir tahun yang tidak akan memberi MFL sebarang ruang untuk penangguhan sekiranya diperlukan.
Sehubungan itu, format TM Piala Malaysia 2022 akan dimainkan bermula daripada pusingan 16 pasukan secara timbal balik sekali gus tiada perlawanan peringkat kumpulan pada tahun ini.
KELEBIHAN TIADA PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN
Dengan ketiadaan perlawanan peringkat kumpulan, jadual baru pertandingan TM Piala Malaysia 2022 akan memberikan;
- Memberi ruang di dalam jadual sekiranya perlawanan tidak boleh dimainkan atau ditunda akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan terutamanya faktor cuaca dan boleh dimainkan pada keesokan hari atau pada mana-mana tarikh yang dirasakan sesuai oleh MFL.
- Memberi peluang mendapat rehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi pemain bagi menjamin perlawanan yang kompetitif dan juga mengutamakan pencegahan kecederaan.
- Memberikan pasukan lebih banyak masa untuk pengendalian logistik dan pengendalian perlawanan yang disediakan dengan baik, teratur dan selamat.
- Membenarkan pasukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan padang perlawanan dapat dijalankan dengan lebih efisyen bagi memastikan keadaan padang di tahap yang terbaik.
PASUKAN LAYAK TM PIALA MALAYSIA
Berikut adalah merupakan antara pasukan yang layak menyertai pertandingan ini:
- Johor Darul Ta’zim
- Sabah
- Terengganu
- Negeri Sembilan
- Kuala Lumpur City
- Kedah Darul Aman
- Sri Pahang
- Selangor
- Petaling Jaya City
- Sarawak United
- Pulau Pinang
- Kelantan
- Kuching City
- Kelantan United
- PDRM
- UiTM
TARIKH UNDIAN TM PIALA MALAYSIA
Undian Piala Malaysia akan di adakan pada Khamis, 6 Oktober 2022.
SIARAN LANGSUNG UNDIAN TM PIALA MALAYSIA
Siaran langsung undian Piala Malaysia 2022 di:
- UnifiTV 701, Sukan RTM
- Aplikasi unifi playTV
- YouTube unifi https://youtu.be/K-72Ama3SZo
- Facebook MFL https://www.facebook.com/malaysianfootballleague/videos/830229684793437/
JADUAL & KEPUTUSAN PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA
Kejohanan Piala Malaysia bakal membuka tirai bermula 25 dan 26 Oktober 2022. berikut adlaah merupakan jadual perlawanan dan juga keputusan.
TARIKH/MASA | PASUKAN | KEPUTUSAN |
JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN PERTAMA (16 PERLAWANAN) | ||
26 Okt/ Rabu 815pm | Sarawak United VS Kelantan FC | 0 – 1 |
26 Okt/ Rabu 815pm | UiTM FC VS Sabah FC | 1 – 2 |
26 Okt/ Rabu 9pm | Penang FC VS Kuching City FC | 2 – 2 |
26 Okt/ Rabu 9pm | PJ City FC VS JDT | 0 – 4 |
26 Okt/ Rabu 9pm | Kelantan United VS Selangor FC | 0 – 2 |
26 Okt/ Rabu 9pm | Kedah Darul Aman VS Negeri Sembilan FC | 1 – 2 |
27 Okt/ Khamis 9pm | Sri Pahang VS Terengganu FC | 1 – 5 |
27 Okt/ Khamis 9pm | PDRM FC VS KL City FC | 0 – 3 |
JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA (16 PERLAWANAN) | ||
31 Okt/ Isnin 815pm | Kuching City FC VS Penang FC | 2 – 1 (Agg 4 – 3) |
31 Okt/ Isnin 815pm | Sabah FC VS UiTM FC | 1 – 1 (Agg 3 – 2) |
31 Okt/ Isnin 815pm | JDT VS PJ City FC | 2 – 0 (Agg 6 – 0) |
31 Okt/ Isnin 9pm | Kelantan FC VS Sarawak United | 1 – 1 (Agg 2 – 1) |
1 Nov/ Selasa 9pm | Selangor FC VS Kelantan United | 1 – 0 (Agg 3 – 0) |
1 Nov/ Selasa 9pm | Negeri Sembilan FC VS Kedah Darul Aman | 0 – 0 (Agg 2 – 1) |
1 Nov/ Selasa 9pm | Terengganu FC VS Sri Pahang | 4 – 2 (Agg 9 – 3) |
1 Nov/ Selasa 9pm | KL City FC VS PDRM FC | 1 – 0 (Agg 4 – 0) |
JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PERLAWANAN PERTAMA | ||
5 Nov/ Sabtu 815pm | Kuching City FC VS Sabah FC | 0 – 1 |
5 Nov/ Sabtu 9pm | Kelantan FC VS JDT | 0 – 3 |
6 Nov/ Ahad 9pm | Selangor FC VS Negeri Sembilan FC | 2 – 0 |
6 Nov/ Ahad 9pm | KL City FC VS Terengganu FC | 0 – 1 |
JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PERLAWANAN KEDUA | ||
11 Nov/ Jumaat 815pm | Sabah FC VS Kuching City FC | 1 – 1 (Agg 2 – 1) |
11 Nov/ Jumaat 815pm | JDT VS Kelantan FC | 5 – 0 (Agg 8 – 0) |
12 Nov/ Sabtu 9pm | Negeri Sembilan FC VS Selangor FC | 2 – 2 (Agg 2 – 4) |
12 Nov/ Sabtu 9pm | Terengganu FC VS KL City FC | 3 – 1 (Agg 4 – 1) |
JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR | ||
15/16 Nov/ Selasa/Rabu | Sabah FC VS JDT | 0 – 1 |
15/16 Nov/ Selasa/Rabu | Selangor FC VS Terengganu FC | 3 – 1 |
20 Nov/ Ahad | JDT VS Sabah FC | 3 – 1 (Agg 3 – 2) |
20 Nov/ Ahad | Terengganu FC VS Selangor FC | 1 – 0 (Agg 2 – 3) |
PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2022 | ||
26 November 2022 | JDT VS Selangor FC |
NOTA: Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas tamat perlawanan.
ARTIKEL LAIN
Cara Beli Tiket Bola Online (Check Harga tickethotline.com.my)
Salam cikgu….boleh tak cikgu update stadium mana perlawanan tu smua berlangsung. TQ