Cara Tips Lulus Ujian Fizikal SPA (Contoh Pengalaman)

Cara Tips Lulus Ujian Fizikal SPA (Contoh Pengalaman)

Ujian Fizikal SPA

Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk sesi ujian fizikal dan kecergasan sesi 2022. Anda perlu lulus tapisan fizikal ini terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya.

Setelah lulus barulah anda akan mengikuti proses seterusnya iaitu temuduga.

Kami akan berkongsi serba sedikit cara dan tips untuk lulus dengan cemerlang ujian fizikal SPA tersebut.

Tips Hadir Ujian Fizikal SPA

  1. Pada hari ujian calon hendaklah berpakaian sukan dan membawa perkara berikut :-

√ Surat panggilan pemeriksaan atau salinan emel / salinan portal pemeriksaan fizikal dan pancaindera.

√ Kad pengenalan.

  1. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji.
  2. Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal lima belas (15) minit sebelum pemeriksaan.

 

Syarat-Syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera 

  1. Perkara-perkara yang diuji :-
  1. a) Pemeriksaan Ukuran Badan
  2. Ketinggian
  • Tinggi Tanpa Sepatu Minima (Lelaki 1.57m @ 157cm / Wanita 1.53m @ 153cm
  1. Berat badan
  • Berat Badan Minima (Lelaki 48kg / Wanita 46kg)

iii. Body Mass Index (BMI)

  1. Calon Lantikan Terus
  2. Ukuran Dada (Bagi Calon Lelaki Sahaja)
  • Dada Keadaan Biasa – 79
  • Dada Tarik Nafas – 84

 

  1. b) Pemeriksaan Penglihatan
  2. Jarak penglihatan “Visual Acuity” 6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap“Contact Lenses”.
  3. Pengecaman warna dan nombor.

 

  1. c) Pemeriksaan Pendengaran

 

  1. d) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
  2. Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik.
  3. Berkawad

Syarat Pemeriksaan Fizikal 

 

  1. Larian 2.4 km
  • Lelaki – 14 minit
  • Wanita – 17 minit

 

  1. Bangun Tubi Dalam Masa 2 Minit
  • Lelaki – 30 kali
  • Wanita – 28 kali

 

  1. Lari Ulang Alik (4 x 10meter)
  • Lelaki – 11 saat
  • Wanita – 13 saat

 

  1. Lompat Jauh Berdiri
  • Lelaki – 215 sentimeter
  • Wanita – 162 sentimeter

* Calon PSL Dikecualikan Ujian Kecergasan

Inilah antara syarat-syarat kelayakan sebelum anda menghadiri pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan SPA. Kesemuanya anda perlu melepasi kelayakan jika anda rasa tidak layak, seharusnya pertimbangkan keputusan anda. Bagi calon yang melepasi kesemua syarat-syarat ini, melayakkan diri anda untuk menghadiri sesi temuduga nanti.

Senarai Jawatan SPA Yang Ada Ujian Fizikal & Pancaindera

1.Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 
2.Pegawai Siasatan Gred P41 
3.Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 
4.Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 
5.Pegawai Kesatria Gred S41 
6.Penolong Pegawai Kesatria Gred S29 
7.Pembantu Kesatria Gred S17 
8.Pegawai Keselamatan Gred KP41 
9.Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 
10.Pembantu Keselamatan Gred KP17 
11.Penguasa Penjara Gred KA41 
12.Penolong Penguasa Penjara Gred KA29 
13.Pegawai Penjara Gred KA19 
14.Penguasa Bomba Gred KB41 
15.Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 
16.Pegawai Bomba Gred KB19 
17.Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu) 
18.Pegawai Imigresen Gred KP19 
19.Leftenan Muda Maritim Gred T13 
20.Bintara Muda Maritim Gred T5 
21.Laskar Kelas II Maritim Gred T1 
22.Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 
23.Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 
24.Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 

Info lanjut 

Anda boleh klik pautan ini : https://www.spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-dan-pancaindera

Semoga perkongsian berkenaan ujian fizikal spa ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel lain : Permohonan Subsidi Carseat 2022

Leave a Comment