UKKM MRSM 2022: SEMAKAN LOKASI TEMPAT UJIAN KEMASUKAN MRSM

UKKM MRSM 2022: SEMAKAN LOKASI TEMPAT UJIAN KEMASUKAN MRSM

UKKM MRSM 2022

 

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2022, pada Disember depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi tingkatan satu dan empat itu, bermula 3 Disember bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Manakala bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.

Calon terbabit akan dipanggil menduduki ujian itu secara berperingkat sehingga 30 Januari 2022.

Info Penting UKKM MRSM

Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.

Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain, di Selangor dan Negeri Sembilan.

Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.

UKKM MRSM 2022

ADAKAH MURID MENERIMA SMS MAKLUMAN TENTANG UJIAN UKKM MRSM?

Anda ada menerima sistem pesanan ringkas (SMS)? Anda juga perlu kerap buat semakan secara online. Pelajar juga perlu mengambil tahu tentang surat panggilan menduduki ujian

CONTOH SMS UJIAN UKKM MRSM

RM0.00 MARA: Anda terpilih untuk menduduki UKKM Tingkatan 1. Sila layari https://mrsm.mara.gov.my/semakanujianmrsmf1 untuk semakan lanjut.

SEMAKAN LOKASI UJIAN UKKM TINGKATAN 1

  1. Sila ke https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
  2. Isi makluman Nombor Kad Pengenalan/Nombor MyKid (pelajar/anak)
  3. Klik Log Masuk
  4. Berikut adalah makluman yang bakal dipaparkan:

Nama,No Kad Pengenalan,Tempat Ujian,Tarikh Ujian,Masa,Surut menduduki Ujian (sila muat turun),Lampiran 2 – Borang Deklarasi Kesihatan (COVID-19) (yang boleh dimuat turun)

SEMAKAN LOKASI UJIAN UKKM TINGKATAN 4

  1. Sila ke https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/
  2. Isi makluman Nombor Kad Pengenalan/Nombor MyKid (pelajar/anak)
  3. Klik Log Masuk
  4. Berikut adalah makluman yang bakal dipaparkan:

Nama,No Kad Pengenalan,Tempat Ujian,Tarikh Ujian,Masa,Surut menduduki Ujian (sila muat turun),Lampiran 2 – Borang Deklarasi Kesihatan (COVID-19) (yang boleh dimuat turun)

TIPS PENTING SEBELUM  AMBIL UJIAN UKKM

  1. Berikut adalah makluman dan tips untuk pelajar yang layak ambil ujian UKKM:
  2. Janga lupa bawa Kad Pengenalan
  3. Jangan lupa bawa surat tawaran ujian UKKM
  4. Sila bawa pensil sendiri
  5. Sila bawa pemadam sendiri
  6. Jika perlu, bawa kertas untuk buat kira-kira Matematik nanti
  7. Sila beri perhatian semasa taklimat ringkas yang diberikan sebelum mengambil ujian UKKM untuk membantu pelajar memahami tentang perlaksanaan ujian UKKM.

Untuk dapatkan contoh soalan UKKM MRSM,rujuk CONTOH SOALAN UKKM MRSM

 

2 thoughts on “UKKM MRSM 2022: SEMAKAN LOKASI TEMPAT UJIAN KEMASUKAN MRSM”

Leave a Comment