Semakan & Contoh Soalan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru UPBMG(Cara Cetak Sijil)

Semakan & Contoh Soalan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru UPBMG(Cara Cetak Sijil)

UPBMG

Para guru di Kementerian Pendidikan Malaysia kini boleh mula membuat semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru. Ujina tersebut merupakan salah satu ujian yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bermula tahun 2022. Ujian ini dilaksanakan untuk melihat tahap kecekapan guru-guru dalam menguasai Bahasa Melayu.

Kami akan membantu anda untuk membuat semakan serta berkongsi panduan ujian tersebut.

Apa Itu Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru UPBMG

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) pada dasarnya ialah satu ujianuntuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yangmengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah Kementerian PendidikanMalaysia (KPM). Ujian ini menguji empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar,bertutur, membaca, dan menulis. Keempat-empat komponen kemahiran bahasatersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KurikulumStandard Bahasa Melayu (KSBM).

Matlamat Pelaksanaan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru UPBMG

Antara matlamat lain pelaksanaan UPNMG adalah untuk meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui Kursus Kecekapan Berbahasa Secara Berfokus. Guru-guru yang terlibat sudahpun dikenal pasti melalui data e-Operasi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).

Calon UPBMG dipilih dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu, sama ada guru opsyen atau guru bukan opsyen. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022-2025 adalah calon yang terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajar subjek tersebut di sekolah.

Guru-guru ini adalah guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah KPM.

Guru-guru tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan yuran menduduki ujian kerana UPBMG ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberikan pelepasan atau kebenaran kepada semua guru yang terlibat; sama ada kepada mereka yang terpilih sebagai calon atau yang dilantik sebagai pengawas atau pemeriksa.

Tarikh Pendaftaran

Bermula 25 Julai 2022 sehingga 19 Ogos 2022

Cara Semakan Pendaftaran Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru UPBMG

Anda boleh layari pautan INI

UPBMG

Komponen Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru UPBMG

Kertas yang ditawarkan meliputi empat komponen seperti yang berikut:

Kod Kertas

Nara Kertas

Pemberat

Ternpoh Menjawab

300/1

Bertutur

25%

30 minit

300/2

Membaca

25%

60 minit

300/3

Menulis

25%

90 minit

300/4

Mendengar

25%

30 minit

Cara Cetak Sijil UPBMG

Keputusan akan diumumkan pada portal MPM.

Calon juga boleh mencetak sijil UPBMG daripada portal MPM.

Artikel Lain : Cara Daftar Muet

1 thought on “Semakan & Contoh Soalan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru UPBMG(Cara Cetak Sijil)”

  1. Hai!Saya belum mengetahui keputusan UPBMG yang saya duduki pada Tahun 2021 lepas.Bagaimana cara untuk saya menyemak keputusan?

    Balas

Leave a Comment