Permohonan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS)

Permohonan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS)

YURAN PENDAFTARAN TASKA (PINTAS)

Kepada ibu bapa golongan B40 yang berada di Negeri Selangor dan menghantar anak ke taska, kini anda boleh membuat permohonan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS). Disini kami akan kongsikan kepada anda syarat kelayakan dan cara membuat permohanan, smeoga membantu.

 

APA ITU YURAN PENDAFTARAN TASKA (PINTAS)

Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) adalah merupakan bantuan secara on-off bagi yuran kemasukan anak-anak ke Taska. Insenfit ini akan diberikan bagi setiap kemasukan anak-anak 4 tahun dan ke bawah yang terdiri dari keluarga berpendapatan dari RM 5001 hingga RM 8000.

 

SYARAT KELAYAKAN YURAN PENDAFTARAN TASKA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan inisiatif ini iaitu:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara online
  2. Pemohon (Ibu/Bapa) warganegara Malaysia
  3. Pemohon (Ibu/Bapa) pengundi Selangor
  4. Anak berumur 4 tahun ke bawah
  5. Menetap di Selangor
  6. Ibu & Bapa sedang bekerja
  7. Pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM8,000
  8. Terhad kepada 2 orang anak sahaja 1 keluarga
  9. Bukan penerima bantuan Asuh Pintar
  10. Taska dihantar perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor sahaja.

 

KADAR BAYARAN INISIATIF YURAN PENDAFTARAN TASKA 

Kadar inisiati ini adalah sebanyak Insenfit RM100 untuk keluarga berpendapatan dari RM 5001 hingga RM 8000.

 

TARIKH PERMOHONAN YURAN PENDAFTARAN TASKA 

Kepada ibu bapa yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat mulai pada 1 September 2023.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut untuk dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:

  • Salinan sijil kelahiran anak
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan daftar pengundi pemohonan (MySPR)
  • Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan / akaun pendapatan
  • Salinan penyata akaun bank pemohonan (Tertera nama & Nombor akaun)
  • Salinan surat akuan berkanun atau sijil anak angkat (sekiranya berkaitan)
  • Resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan 2023

 

CARA PERMOHONAN YURAN PENDAFTARAN TASKA (PINTAS)

Setelah anda sediakan dokumen yang diperlukan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan iaitu:

  1. Layari pautan PINTAS YAWAS
  2. Muat naik dokumen yang diperlukan (dalam tempoh 21 hari)
  3. Pihak berkaitan akan membuat semakan terhadap permohonan anda
  4. Sekiranya lulus, kadar bayaran inisiatif akan disalurkan kepada akaun pemohon.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumay lanjut mengenai Inisiaif Yuran Pendaftaran Taska, anda boleh merujuk pada saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment