BKM: Semakan Status & Tarikh Pembayaran Fasa 1 (28 Mac 2022)

BKM: Semakan Status & Tarikh Pembayaran Fasa 1 (28 Mac 2022)

SEMAKAN BKM FASA 1

Berita gembira kepada rakyat Malaysia yang layak memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Anda kini boleh membuat semakan status permohonan anda tersebut,

Kami juga akan kongsikan tarikh pembayaran terkini untuk BKM fasa 1.

Cara Buat Semakan BKM Fasa 1

Semakan status juga boleh dibuat melalui MYBKM 

Tarikh Semakan BKM Fasa 1

Bermula 28 Mac 2022

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022 sebentar tadi dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Pembentangan belanjawan setiap tahun oleh Menteri Kewangan bakal menyaksikan pengumuman bantuan yang akan diberikan kepada rakyat. Bantuan tunai ini lazimnya akan diberikan kepada golongan rentan seperti B40 dan M40 yang terkesan termasuk juga golongan bukan rentan. Pada tahun lepas bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat. Manakala pada tahun ini, bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia

Jika dahulunya terdapat 4 kategori diperkenalkan di bawah BPR, pada tahun ini kita akan menyaksikan sama ada kerajaan masih mengekalkan jenis penerima bantuan ini. Yang pastinya golongan isi rumah mahupun bujang tidak akan ketinggalan dalam menerima bantuan kerajaan jika dilihat seperti tahun-tahun sebelum ini.

Pembayaran BKM Fasa 1 Akan Bermula Pada 28 Mac 2022 Secara Berperingkat.

  1. Isi rumah, warga emas dan individu bujang bermula 28 Mac -8 April 2022
  2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank bermula 30 Mac 20222

8.6 juta penerima akan mendapat RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.

Bagi memastikan tiada yang tercicir daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penelitian terperinci telah dilaksanakan oleh LHDN. ⠀⠀

Difahamkan terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Bayaran BKM Sebanyak 4 Kali Setahun

Menurutnya, pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran yang pertama dijangka pada bulan Mac 2022.

Rujuk syarat kelayakan dan jumlah bayaran bantuan mengikut kategori yang akan diterima dalam infografik di bawah:

KATEGORI & JUMLAH BANTUAN BKM 

Terdapat beberapa kategori yang layak menerima bantuan beserta kadar bantuan yang tertentu iaitu:

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

KATEGORI 1

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Lebih 3 anak
  • Bantuan RM2000

KATEGORI 2

  • Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
  • 1-2 anak : Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1,000

KATEGORI 3

  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Bantuan RM500

KATEGORI 4

Bantuan RM300 untuk warga emas

 

APAKAH KRITERIA KELAYAKAN BKM?

Untuk memohon, perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori iaitu:

Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Semoga perkongsian tentang semakan BKM untuk fasa 1 ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : BKM Bujang 2022

Leave a Comment