PERMOHONAN GURU CEMERLANG PENSYARAH CEMERLANG GCPC KPM

PERMOHONAN GURU CEMERLANG PENSYARAH CEMERLANG GCPC KPM

GURU PENSYARAH CEMERLANG KPM

Kepada para guru dan pensyarah, dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka Permohonan Guru Cemerlang Pensyarah Cemerlang KPM Tahun 2024.  Permohonan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Skim DG yang memenuhi syarat dan kelayakan. Disini kami akan kongsikan kepada and acara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU GURU PENSYARAH CEMERLANG KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah, Kolej Vokasional (KV), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG) secara Khas Untuk Penyandang (KUP)

 

TARIKH PERMOHONAN GURU PENSYARAH CEMERLANG

Permohonan kini telah mula dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada

 

GRED DITAWARKAN GURU PENSYARAH CEMERLANG

Urusan pemangkuan ini melibatkan gred jawatan seperti berikut:

PPPGRED DITAWARKAN
Guru Cemerlang (siswazah)

Sekolah Menengah/KV/ IAB/KM/ELTC

Gred Khas C, DG54, DG52,

DG48 dan DG44

Guru Cemerlang (Siswazah)

Sekolah Rendah

Gred DG44
Guru Cemerlang (Bukan Siswazah)

Sekolah Rendah / Sekolah Menengah/KV

DG38, DG34 dan DG32
Pensyarah Cemerlang IPGGred Khas B,DG54,

DG52 dan DG48

 

SYARAT KELAYAKAN GURU PENSYARAH CEMERLANG

Kepada Calon-calon yang ingin membuat permohonan mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti berikut:

Syarat Umum

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon;
  3. Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 80% bagi tahun 2020, 2021 dan 2022;
  4. Bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009);
  5. Telah mengemukakan perisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun (pada atau sebelum 07.07.2023);
  6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan;
  8. Bebas daripada hutang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun (LBGE); dan
  9. Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).

Syarat Khusus

  • Lampiran A1 – Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) di Sekolah Rendah/Sekolah Menengah/ KV
  • Lampiran A2 – Guru Cemerlang (Siswazah) di Sekolah Rendah
  • Lampiran A3 – Guru Cemerlang (Siswazah) di Sekolah Menengah/KV/IAB/KM/ELTC
  • Lampiran A4 – Pensyarah Cemerlang (Siswazah) IPG

 

CARA PERMOHONAN GURU PENSYARAH CEMERLANG

Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah mengikut tatacara di bawah:

  1. Semua calon perlu membuat permohonan melalui sistem ePangkat
  2. Log masuk ke akaun anda. Bagi pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu.
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dan klik Hantar

Nota: Permohonan yang tidak lengkap ATAU mengandungi maklumat yang tidak tepat ATAU calon tidak diperaku oleh Ketua Jabatan, TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN bagi tujuan penilaian.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN GURU PENSYARAH CEMERLANG

Penilaian bagi (Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang IPG) adalah pada Ogos hingga September 2023 (tertakluk kepada perubahan). Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai.

Hanya calon yang telah berjaya dalam penilaian dan diperakukan oleh Kementerian serta diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) sahaja akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan (APP) sebagai Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Calon yang tidak menerima surat pemakluman dari Kementerian berhubung urusan ini selepas 31 Ogos 2024 adalah dianggap TIDAK BERJAYA. Keputusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang hendaklah dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment