PERMOHONAN PISMP PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM

PERMOHONAN PISMP PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM

PISMP

Permohonan PISMP 2024 ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Permohonan PISMP  kini dibuka untuk calon.

 

PENGENALAN PISMP

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

 

SYARAT PERMOHONAN PISMP 

Berkut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP iaitu:

PISMP

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Bahasa Inggeris
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

PISMP laluan MBK

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun.
  3. Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).
  4. Boleh mengurus diri sendiri.
  5. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  6. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  7. Memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian di peringkat SPM dalam mana-mana 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah dengan mengambil kira syarat akademik yang ditetapkan.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

 

TARIKH PERMOHONAN PISMP 2024

Permohonan akan dibuka pada 14 Mac 2024 (Selepas Jam 3.00 petang) sehingga 15 April 2024 (11.59 malam)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PISMP

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my mulai 14 Mac 2024 (Selepas Jam 3.00 petang) sehingga 15 April 2024 (11.59 malam)

Selain itu, pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

 

PROSEDUR PERMOHONAN KEMASUKAN IPGM

Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan di bawah:

e-UKCG

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

TEMU DUGA

  • Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

UKF

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

PEMILIHAN

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
  • Semua keputusan adalah muktamad.

PENAWARAN

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

 

BIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKAN PISMP

Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan kepada Permohonan PISMP seperti berikut:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah

 

TARIKH PENTING PISMP IPG ONLINE 

Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh  penting yang ditetapkan oleh KPM:

 

BILAKTIVITITARIKH
1Permohonan14 Mac – 15 April 2024
2Pelaksanaan e-UKCG15 – 19 April 2024 &

22 – 28 April 2024

3Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP3 – 9 Jun 2024
4Hebahan calon layak temuduga & UKF13 Jun 2024
5Temuduga & UKF (Bersemuka) 1- 5 Julai 2024 &

8 – 12 Julai 2024

6Hebahan calon jaya24 Julai 2024
7Pendaftaran IPG

 

 

NOTA: Tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.

  • Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan guru PISMP ini, sila layari https://pismp.moe.gov.my.

Artikel Lain : Semakan Penempatan Guru One Off

2 thoughts on “PERMOHONAN PISMP PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM”

Leave a Comment