DUIT EMK 2023:SEMAKAN TARIKH MASUK BANK(ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS)

DUIT EMK 2023:SEMAKAN TARIKH MASUK BANK(ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS)

DUIT EMK 2022:SEMAKAN TARIKH MASUK BANK(ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS)

 

Duit Elaun Murid Berkeperluan Khas EMK antara bantuan yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk pelajar OKU. Elaun khusus ini dilihat sangat membantu meringankan beban murid yang memerlukan.

Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU). Elaun ini diberikan kepada murid OKU yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di Kolej Vokasional dan Matrikulasi yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Baca Juga: BORANG PERSETUJUAN VAKSIN KANAK-KANAK(Muat Turun Download Online)

Kadar Bantuan Elaun EMK 2023

Kadar bantuan yang akan diterima oleh mereka yang layak menerima elaun Murid Berkeperluan Khas EMK ini ialah:

  • RM150 sebulan x 12 bulan (tertakluk kepada jumlah bulan yang melayakkan murid untuk menerima EMK pada tahun tersebut).

 

Tatacara Pemilihan Penerima Bantuan Elaun EMK 2023

Berikut adalah tatacara pemilihan penerima elaun bantuan EMK 2021:

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) serta pelajar di Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional.
  • Memegang kad OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kaedah Penyaluran Elaun Bantuan EMK 2023

Kaedah penyaluran bantuan elaun EMK adalah seperti berikut:

Elaun disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pendidikan Khas yang menyalurkan elaun tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Bahagian Matrikulasi/ Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).

Seterusnya, JPN/ Bahagian akan menyalurkan elaun kepada akaun sekolah dan akaun murid.

Syarat Kelayakan Elaun EMK 2023

  • Warganegara Malaysia;
  • Sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan;
  • Murid berkeperluan khas yang merangkumi:
  • Prasekolah
  • Sekolah-sekolah rendah dan menengah;
  • Sekolah agama; dan
  • Kolej matrikulasi.
  • Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
  • Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensikerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.

 

Tarikh Duit EMK masuk Akaun Bank

Tarikh duit elaun EMK masuk akaun akan dikemaskini apabila tarikh rasmi dimaklaumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Borang Permohonan Elaun Bantuan Duit EMK 2023

Borang maklumat penerimaan Elaun EMK bantuan ini boleh di muat turun di pautan di bawah:

https://www.moe.gov.my/penerbitan/1629-pubfile-file-000955/file

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut Duit Elaun EMK dan pertanyaan lain tentang bantuan Elaun Bantuan EMK 2021 ini anda boleh layari https://www.moe.gov.my/ atau hubungi:

Ministry Of Education Malaysia (MOE)

Blok E8, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya, Malaysia.

Tel: 03-8000 8000

Ketahui Juga: JIMAT AIR 1.0:CARA CLAIM/TEBUS e-Rebat RM200(Pembelian Mesin Basuh Cekap Air)

21 thoughts on “DUIT EMK 2023:SEMAKAN TARIKH MASUK BANK(ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS)”

    • wkmslm… selalunya kalo pelajar OKU, pihak sekolah yg akan bagi borang untuk diisi.. pihak sekolah yg berurusan dgn pihak JKM. Bila kita dah isi borang, kita hanya tunggu je duit masuk. Kene ada akaun BSN. Kalo tak de kene buat. Mcm sy pihak BSN dtg ke sekolah kerana permintaan dari pihak sekolah utk proses buka akaun utk murid OKU. Memudahkan pihak ibubapa . Tak perlu ke bank lagi..

      Balas
  1. Saya nak ber tanya duit EMK pelajar OKU(Pekak) yang tidak mengikuti Kelas Pendidikan Khas,belajar di Kelas Arus Perdana cara pengeluarannya bagaimana? Anak saya dalam Tingkatan 1, dari sekolah rendah Darjah 3 penerima EMK JKM.

    Balas

Leave a Comment