PBAKL 2024 (Cara Naik LRT Peta Lokasi Buku Recommend Waktu & Tarikh)

PBAKL 2024 (Cara Naik LRT Peta Lokasi Buku Recommend Waktu & Tarikh)

PBAKL

Kepada anda yang tercari-cari bahan bacaan akademik, buku latihan dan pelbagai jenis buku yang diminati, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang dilaksanakan secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh pesta ini dan juga lokasi terkini yang akan diadakan, semoga membantu.

 

APA ITU PBAKL

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ialah sebuah pesta buku tahunan yang dianjurkan di Malaysia. Ia mula dianjurkan secara rasmi sejak 1981, dengan lokasi tertentu sehingga akhirnya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menjadi lokasi rasmi saban tahun

 

KEMERIAHAN PBAKL 2024

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  edisi 2024 bakal menawarkan sebanyak 969 reruai atau ruang pameran, iaitu peningkatna sebanyak 11.7 peratus berbanding 823 reruai dalam penganjuran tahun 2023.

 

PANDUAN SEBELUM KE PBAKL

Pastikan anda membuat persiapan awal sebelum hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagi melancarkan perjalana anda iaitu:

  1. Merancang senaraikan buku yang anda ingin beli.
  2. Mengetahui lokasi booth yang anda ingin tuju.
  3. Memakai pakaian yang selesa dan membawa beg galas yang bersesuaian
  4. Membawa air miniral dan kipas kecil
  5. Membawa wang tunai secukupnya
  6. Pastikan anda merancang pergerakkan anda

 

TARIKH & WAKTU OPERASI PBAKL

Berikut adalah merupakan waktu perlaksanaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 iaitu:

  • Tarikh: 26 Mei 2023 hingga 4 jun 2023
  • Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam

 

LOKASI PBAKL

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun 2023 diadakan di lokasi:

  • Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

 

PELAN LANTAI PBAKL WTCKL

Gambar di bawah merupakan pelan lantai bagi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) untuk rujukan anda:

 

AKTIVITI PBAKL 2023

Berikut adalah merupakan antara aktiviti yang tersedia bagi pesta buku kali ini iatu:

  1. Acara Pentas Utama
    • Acara pentas utama terletak di aras 2, bersebelahan dengan kauter pendaftaran. Antara acara menarik yang berlangsung di pentas utama adalah majlis perasmian, majlis pelancaran buku, dan sebagainya.
  2. Acara Pentas Rehat & Baca
    • Ruang Rehat & Baca menyediakan ruang aktiviti untuk para penerbit, penulis swaterbit, penulis ilustrator, pelukis komik, editor dan ramai lagi penggiat industri buku untuk mengadakan aktiviti sampingan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung.
  3. Mandiri [Di] PBAKL
    • Merupakan ruang untuuk penulis persendirian yang terbit buku sendiri, pembikin zine, illustrator, dan pengusaha buku foto. 30 reruai disediakan dengan beberapa nilai tambah khusus kepada pempamer mandiri. Antaranya Bicara Mandiri, Jaringan Mandiri, Resensi Buku dan Klinik Mandiri.
    • Mandiri maksudnya swaterbit. Jadi, pempamer di reruai (booth) MANDIRI ini semuanya merupakan individu yang baru terbitkan buku. Ada 32 pempamer semuanya.
  4. Cosplay @ PBAKL
    • Buat pertama kalinya, Cosplay @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bekerjasama dengan LOL Cosplay Malaysia untuk menjayakan acara cosplay ini di Dewan Tun Razak, WTCKL.
    • Cosplay Competition ini akan berlangsung pada 2 – 4 Jun 2023!

 

SENARAI BUKU PILIHAN PBAKL

Bagi memudahkan urusan anda membuat pilihan buku, pastikan anda bersedia dengan:

  • Senaraikan buku yang anda ingin beli.
  • Dapatkan maklumat lokasi booth yang anda ingin tuju.
  • Untuk melihat informasi terkini, sila layari portal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

 

CARA NAIK LRT KE PBAKL

Kepada anda yang ingin pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 yang diadakan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan LRT, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Naik LRT yang berhampiran dengan kediaman anda
  2. Pastikan anda turun di hentian Stensen LRT yang berhampiran WTCKL iaitu:
    • Stesen PWTC: 6 minit berjalan kaki ke WTCKL
    • Stesen Titiwangsa: 15 minit berjalan kaki WTCKL

 

SENARAI TEMPAT PARKING PBAKL

Kepada anda yang ingin perge ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaikki kereta sendiri, disini kami akan kongsikan senarai tempat parking yang terdekat iaitu:

LOKASI PARKING PBAKLKETERANGAN
Parkir aras bawah WTCKL
  • Waktu: 7.30pagi – 5.30petang
  • Bayaran: bagi bayaran jam pertama RM4
  • Cara bayaran: Menggunakan TnG
Parkir aras atas WTCKL
  • Bayaran: RM11 sehari
  • Cara bayaran: Menggunakan TnG
Parkir berbayar sebelah Hotel Fujisin
  • Jarak: 140m ke WTCKL
  • Bayaran: RM5 sekali masuk
Open Car Parking
  • Lokasi: Bersebelahan GoCar Cuba Beli & Berhadapan restoran sayuran Cameleon Vegatarian
  • Waktu: 9.00pagi – 10.00malam
  • Bayaran: RM6 sekali masuk
  • Jarak: 180m ke WTCKL
Parkir terbuka tapak lama Hentian Putra
  • Lokasi: Berhadapan dengan WTCKL
  • Perjalanan: Naik sahaja jejantas KTM Putra atau boleh lintas jalan besar
  • Bayaran: RM3 sekali masuk
  • Cara bayaran: Tanpa tunai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagi tahun 2023, anda boleh melayari pautan https://klibf.my/v2/

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment