EGTukar KPM (Semakan Permohonan Pertukaran Guru epgo.moe.gov.my)
PERMOHONAN EGTUKAR KPM 2022
Permohonan egTukar KPM 2021 dikemaskini dari semasa ke semasa oleh Sektor Penempatan dan Pertukaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan egTukar KPM ini dibuka pada 1 Januari 2022 .
Anda ingin kemaskini data murid? Klik Login APDM Kemaskini Data Murid 2021.
INFO TERKINI 1/1/2022
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran PPP bagi tahun 2022 melalui modul e-gtukar akan dibuka mulai 01 Januari 2022.
Merujuk kepada surat siaran di laman web rasmi eGTukar KPM, sukacita dimaklumkan bahawa proses pertukaran guru antara bahagian / negeri / antara daerah / dalam daerah bagi tahun 2021 KPM kini boleh dibuat secara online dengan login ke modul eGTukar.
Tarikh permohonan pertukaran ini dibuka mulai 1 JANUARI 2022.
SILA RUJUK SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7 TAHUN 2021 UNTUK MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN PERTUKARAN PPP.
Pastikan semua maklumat ppp dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal.
Login eGTukar: Syarat Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2022
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
- KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN
Berikut adalah senarai guru yang tidak layak memohon pertukaran:
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
CARA PERMOHONAN EGTUKAR KPM 2021:
Layari laman web rasmi e-GTukar.
Paparan seterusnya adalah seperti berikut.
Untuk pendaftaran pengguna, sila klik pada ‘Dapatkan ID Pengguna dan Kata laluan Anda; DI SINI’ pada bahagian sebelah ruangan daftar masuk,atau masuk pautan berikut: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
Permohonan Yuran Asuh Pintar 2021 RM100 Klik Di sini
Paparan berikut akan muncul. Masukkan butiran yang diperlukan dan klik simpan. Kemudian, kembali semula ke paparan utama, atau https://epgo.moe.gov.my/ untuk mendaftar masuk.
Masukkan ID Pengguna, Kata laluan serta Kad Pengenalan pada ruangan daftar masuk dan klik ‘OK’.
LUPA KATA LALUAN:
Jika terlupa kata laluan, klik pada pilihan ‘LUPA KATA LALUAN’ di ruangan daftar masuk atau https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm .
Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan klik ‘HANTAR’. Kata laluan pengguna akan dihantar kepada e-mail yang telah didaftarkan.
Baca Juga: Program Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah
TUKAR KATA LALUAN:
Jika anda hendak menukar kata laluan, klik pada pilihan ‘TUKAR KATA LALUAN’ di ruangan daftar masuk atau https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_tukar_katalaluan.cfm .
Berikut merupakan paparan seterusnya. Masukkan butiran yang diminta beserta kata laluan baru. Kemudian, klik ‘HANTAR’.
Untuk mendapatkan rujukan lanjut, sila lihat MANUAL PERTUKARAN GURU e-GTukar.
Nak cari Contoh Soalan UKKM? Rujuk CONTOH SOALAN UKKM MRSM
Terdapat juga alternatif lain untuk memohon pertukaran guru, iaitu menggunakan BORANG OFFLINE e-GTukar.
Untuk memuat turun borang sila masuk link berikut:
BORANG PERMOHONAN OFFLINE E-GTUKAR KPM 2021
Bahagian pertukaran yang bertugas bagi penempatan dan pertukaran guru adalah Sektor Penempatan dan Pertukaran, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
1 thought on “EGTukar KPM (Semakan Permohonan Pertukaran Guru epgo.moe.gov.my)”