CARA DAFTAR CIDS (Log Masuk & Guna asiemodel.net)
Guru kini mempunyai pelbagai pilihan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Platform CIDS adalah salah satu medium utnuk para guru merancang pembelajaran yang lebih efektif.
Kami akan konsikan panduan penggunaan tersebut.
Latar Belakang CIDS
Kami ialah badan profesional yang menawarkan perkhidmatan latihan dan penyelesaian dalam bidang pendidikan seperti berikut:
- Reka Bentuk Pengajaran
- Aplikasi Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif
- Aplikasi Model ASIE dalam pembelajaran
- Kemahiran Belajar Abad Ke-21
- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
- Kemahiran Belajar untuk pelajar
- Kursus Motivasi untuk pelajar
- Kemahiran Mengajar untuk guru
- Topik-topik lain untuk Program Peningkatan Profesionalisme Guru (CPD program)
Latihan akan dibimbing oleh pakar-pakar pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi.
KEKUATAN DAN KEMAMPUAN MODEL INTEGRAL ASIE ( CIDS )
Secara keseluruhannya kekuatan CIDS mampu membantu guru melaksanakan perkara berikut:
- Mereka bentuk dan menyusun strategi pengajaran di peringkat makro dan mikro.
- Item-item yang terdapat dalam sistem ini boleh diubahsuai (customized) mengikut
keperluan, dasar atau amalan institusi masing-masing bergantung kepada kreativiti guru
dan pemilihan mengikut kesesuaian pelajar.
- Menggunakan MIW sebagai bahan rujukan dalam sesi “Lesson Study” program PLC.
- Berkongsi perancangan bersama guru guru lain dalam kalangan ahli komuniti.
- Mencari dan berkongsi perancangan bersama guru-guru lain hingga ke peringkat global.
- Berkolaborasi bersama murid dan pelbagai komuniti untuk berkongsi pengalaman bagi
kepentingan membina perwatakan dan potensi pelajar dalam menentukan masa hadapan
mereka dalam bidang pekerjaan dan kehidupan.
Anda boleh membaca atau memuat turun panduan ringkas aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam manual pengguna atau membaca dan mengkaji penerangan lengkap di pautan ini.
Panduan Cara daftar CIDS
Anda hendaklah melakukan pendaftaran di website asiemodel.net .Berikut merupakan cara daftar :
- Layari laman web CIDS di sini https://www.asiemodel.net/ms.
- Sila pilih Bahasauntuk digunakan di halaman utama CIDS.
- Tekan butang LOGIN.
- Anda akan dibawa ke ruangan Login ke Model ASIE.
- Sila tekan butangDapatkan ID Percuma.
- Anda akan dibawa ke bahagian Dapatkan ID Percuma.
- Masukkan Nama.
- MasukkanAlamat Emel.
- Tekan butang Dapatkan ID Percuma.
- Anda akan menerima mesej verifikasi melalui emel anda.
- Sila semakEmel.
- Ikuti arahan yang diberi untuk proses verifikasi dan simpan Nama Pengguna serta Kata Laluan sementara yang diberikan.
- Masuk semula ke laman web tadi untuk proses LOGIN.
- Ikuti langkah yang sama seperti nombor 2,3dan 4.
- Masukkan Nama Pengguna.
- Masukkan Kata Laluanyang diberikan tadi.
- Tekan Login.
- Anda akan dibawa ke laman Pendaftaran.
- Sila isikan semua maklumat yang diminta dengan lengkap pada bahagian Profil Saya.
- Sila tukar Kata Laluan sementara ke Kata Laluan yang baru sekiranya perlu.
- Jika sudah lengkap, tekan Simpan Profil.
- Tahniah! Akaun pengguna telah berjaya di kemaskini.
- Anda akan dibawa kembali ke laman utama sebentar lagi.
- Cara daftar CIDS anda telah selesai.
- Nama Pengguna adalah ID berbeza yang diberikan mengikut jawatan sebagai seperti Penyelaras, Guru, Pentadbir dan seumpamanya.
- Sistem ini tidak boleh diakses sepenuhnya oleh orang awam.
Panduan Cara login CIDS
Ini merupakan cara login. Ikuti cara-caranya di bawah:
- Layari laman web CIDS di sini https://www.asiemodel.net/ms.
- Anda akan dibawa ke halaman utama CIDS.
- Sila tekan butang LOGIN.
- Anda akan dibawa ke ruangan Login ke Model ASIE.
- MasukkanNama Pengguna.
- Masukkan Kata Laluan.
- Tekan Login. (Sila tekan Lupa Kata Laluanjika anda terlupa kata laluan)
- Anda akan dibawa masuk ke laman sistem CIDS akaun anda yang telah sedia ada.
- Anda boleh log masuk sebagai tetamu dengan menggunakan fitur-fitur yang terhad yang telah ditetapkan tanpa mengira negara asal.
- Akses log masuk sebagai tetamu tidak akan memenuhi keperluan anda sepenuhnya.
- Anda dinasihatkan tidak mengubah sebarang tetapan tetamu yang telah ditetapkan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel lain : Takwim Cuti Sekolah 20223