Contoh Kertas Konsep Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan
Setiap sekolah pasti sering mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Murid-murid mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kebangsaan.
Melaksanakan sesuatu program memerlukan perancangan yang rapi dan teliti. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah membuat kertas konsep berkenaan program sambutan tersebut.
Apa Itu Kertas Konsep Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan
Kertas konsep ialah karangan yang menerangkan konsep sesuatu. Ia boleh digunakan untuk menerangkan bagaimana perlaksanaan sesuatu program.
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan untuk memperingati Hari Kemerdekaan Negara dan memberi kesedaran kepada murid-murid erti kemerdekaan disamping mengetahui rentetan peristiwa-peristiwa sebelum merdeka. Ia juga bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara. Selain itu, ia juga dapat menonjolkan bakat murid-murid di dalam pelbagai acara dan aktiviti menarik yang disediakan.
Contoh Kertas Konsep Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan
- Tajuk Program: Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2019
- Matlamat Program: Melahirkan murid yang mengenang dan menghargai peristiwa kemerdekaan Negara.
- Objektif Program: 3.1 Menyuntik semangat patriotisme dalam mempertahankan maruah negera.
3.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai sejarah kemerdekaan dicapai.
3.3 Menerapkan nilai kasih sayang dalam kelompok warga sekolah berbilang kaum.
. Tarikh / Masa / Tempat / Tentatif:
4.1 Tarikh : 05 Ogos – 12 September 2019
4.2 Masa : Rujuk Lampiran
4.3 Tempat : SK Lembah Sireh
4.4 Tentatif : Rujuk lampiran
5. Sasaran: Semua murid (Prasekolah – Tahun 6)
6. Penganjuran: Panitia Sejarah
7. Sumber Kewangan: Wang Kerajaan Panitia Sejarah (WKS)
8. Sumber Tenaga: Semua guru
9. Penilaian: PK Kurikulum
10. Perbelanjaan:
BIL | PERKARA / ITEM/KOD | UNIT | KOS RM | SUMBER |
1 | i-Malaysia Flag Display (PSS-1020/LPBT) | 1 unit | RM248 x 1 = RM248 | WKS |
2 | Banner Bestari Tarpaulin (31 Ogos, Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan (PSK 1024M) | 1 keping | RM 190 x 1 = RM190 | WKS |
3 | Piala | 17 buah | RM8 x 17 = RM136 | WKS |
4 | Hamper Alat Tulis | 92 buah | RM 20 x 92 = RM1840 | WKS |
5 | Hamper Alat Tulis | 6 buah | RM30 x 6 = RM180 | WKS |
6 | Hamper Alat Tulis | 31 buah | RM20 x 31 = RM620 | WKS |
7 | Hamper Alat Tulis | 4 buah | RM30 x 4 = RM120 | WKS |
8 | Hamper Alat Tulis | 4 buah | RM40 x 4 = RM160 | WKS |
JUMLAH BESAR |
| RM 3494 |
……………………………………………………
(AHMAD ALI BIN ABU)
Guru Besar,
SK Lembah Sireh, 17500 Kota Bharu, Kelantan
Artikel Lain : Teks Pengacaraan Bulan Kemerdekaan