TEKS PENGACARA HARI GURU (TEMA KESULTANAN MELAYU MELAKA)
Sekolah anda akan mengajurkan sambutan hari guru peringkat sekolah, pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacara majlis tersebut.
Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.
Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.
Kami akan memberikan contoh teks pengacara hari guru peringkat sekolah.
Definisi Pengacara Majlis
Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)
Artikel Lain : Teks Pengacara Mesyuarat Agong PIBG
Contoh Teks Pengacara Hari Guru
Anda boleh download teks di pautan ini : CONTOH 1
TEKS PENGACARA HARI GURU
CUE | ANN. |
KETIBAAN GB DIIRINGI OLEH PEN.KANAN SERTA GURU
| Mengumumkan keberangkatan tiba,
Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Kamaruddin Ibni Abu Hassan Al Haj, Paduka Seri Sultan Negeri SKKM Darul Inderapura Kasih dan mamanda-mamanda menteri masuk ke Balairung Seri Persada Perpaduan. |
SALUTASI | Assalammualaikum w.b.t. Menjunjung kasih ke bawah Duli Sultan Yang Dipertua Negeri, mamanda-mamanda menteri dan seluruh rakyat jelata. Patik memohon izin dan restu memulakan acara.
Duli Yang Maha Mulia, Sultan Haji Kamaruddin Ibni Abu Hassan Al Haj Paduka Seri Sultan Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih
Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Diraja Norhaliza binti Taha Bendahara Yang Terutama, Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih
Yang Amat Berhormat, Dato’ Paduka Mahari bin Kapor, Penghulu Sekalian Mahaguru Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih
Dato’ Roslan bin Daud Dato’ Temenggong Ketua Adat Istiadat Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih
Dato’ Saifuldin bin Hassan Dato’ Laksamana Ketua Turus Angkatan Tentera Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih
Sekalian mamanda menteri Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih, Seterusnya, sekalian rakyat jelata Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih.
|
UCAPAN ALU-ALUAN MC
| Menghadap ke bawah duli Yang Maha Mulia, Sultan Haji Kamaruddin Ibni Abu Hassan Al Haj, Paduka Seri Sultan Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih, Dato’-Dato’, Mamanda-mamanda Menteri berserta rakyat jelata,
Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun. Dengan kalam pemilik alam, patik datang merafak sembah, sembah takzim hamba yang lemah, buat paduka sultan yang penuh hikmah, di istiadat yang penuh barakah.
Gembiranya sungguh hamba sahaya, sembah tahniah Paduka yang mulia. Syahdan kita bersatu hati dan jiwa, duduk bangun bersama, hari yang penuh kemuliaan menjunjung kasih peristiwa nan bersejarah, ‘Pesta Hari Guru Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih berserta jajahan takluk. Sesungguhnya, benarlah kata bestari pujangga nan sakti, “Guru Pembina Negara Bangsa”.
|
BACAAN DOA | Sekalian rakyat jelata nan dikasihi,
Bersarang merbah di sebalik pohon, Berapit dengan pohon jati, Majlis dimula doa dipohon, Semoga rahmat berkat menanti.
Berpaksikan Islam, bersendikan adat, demikian jua sekalian hamba rakyat negeri merafakkan kesyukuran ke hadrat Tuhan Sekalian Alam.
Menjunjung kasih memipin bacaan doa, dengan penuh takzim dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Abdul Fattah bin Che Musa, Mamanda Mufti Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih untuk mengetuai permintaan doa dan hajat. Dipersilakan.
-Amin, amin ya rabbal a’lamin. Mudah-mudahan permohonan sekalian beroleh berkat Allah s.w.t. hendaknya.
|
UCAPAN GURU BESAR | Sekalian penghuni kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih,
Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun. Dalam majlis yang gilang-gemilang ini, izinkan patik memetik bait-bait kata,
Titah dan kata-kata Baginda bagai embun dan gerimis, Setitik menjadi lautan, sebutir menjadi daratan, Dinaungi mercu kemuliaan, Akal yang bijaksana Dan keadilan yang dikotakan.
Demikianlah, rakyat dan negeri ini bertuah, beroleh manfaat atas sifat tuanku yang bijaksana dan mencintai ilmu. Dengan menjunjung kasih, merangkul adat budaya, majlis mempersilakan duli Yang Maha Mulia, Sultan Haji Kamaruddin Ibni Abu Hassan Al Haj, Paduka Seri Sultan Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih mencemar duli, menutur titah sebagai paksi pedoman sekalian rakyat jelata. Dengan takzim dipersilakan Paduka Tuanku.
– Salam Kasih buat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan atas nasihat serta mutiara pemikiran yang dititahkan.
|
UCAPAN PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN
| Sekalian Mamanda Menteri dan rakyat jelata sekalian,
Tuanku bijak bistari, Darajat ilmuan takhta sultani, Menyuluh panca yang gelap budi, Membimbing hamba yang jahili.
Patik dan sekalian hamba rakyat berpanas alas duduk menumpahkan taat setia menanti bingkisan, mutiara ungkapan-ungkapan pemikiran daripada Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Diraja Norhaliza binti Taha, Bendahara Yang Terutama, Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih bagi mengalun bicara perutusan. Salam penuh hormat daripada patik untuk mempersilakan.
– Penghargaan serta kasih dilebarkan buat Yang Berhormat, Dato’ Seri Diraja Norhaliza binti Taha, Bendahara yang Terutama atas keramat kata-kata penuh hikmah.
|
BACAAN IKRAR HARI GURU
NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA
| Sekalian mamanda-mamanda menteri,
Pengiktirafan buat sekalian guru atas kebijaksanaan dan keilmuan akan terus utuh di persada dengan diselimuti sifat adil, tegas dan saksama. Membangunkan anak bangsa yang menjadi tumpuan seluruh dunia.
Maka, dalam majlis yang gilang-gemilang ini, para guru sekaliannya melafaz ikrar berjanji taat setia, merakam kasih, menjunjung amanah mulia.
Mewakili seluruh para guru, dengan penuh takzim dipersilakan Dato’ Roslan bin Daud, Dato’ Temenggong, Ketua Adat Istiadat Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih memimpin sekaliannya menutur semangat, ikrar terpahat.
Irama bergema berdetak jiwa, membakar segala keringat dan semangat waja. Mohon sekalian lah kita mengalunkan lagu Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru. Biar berkumandang seluruh alam buana, hingga terpancar cahaya serata dunia.
-Penghargaan yang tertinggi buat sekalian guru. Dipersilakan kembali ke asal duduknya.
|
PERARAKAN KELUAR GURU
|
|
PERSEMBAHAN GURU
|
|
PELANCARAN PROGRAM PERASE
| Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik Mohd Tariq bin Aripin, Penyelaras Program Perase bagi meneruskan acara. Dipersilakan.
|
PERSEMBAHAN MURID
|
|
PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI MURID |
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS GURU
| Para guru dan murid yang dikasihi,
Sebelum majlis kita beranjak lebih jauh, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi menyampaikan Anugerah Khas Guru. Majlis mempersilakan.
-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
|
BERSURAI | Bertiup bayu dipantai indah, Burung kedidi terbang melayang, Mana yang kurang silap dan salah, Jangan menjadi bekalan pulang,
Putih di dada bulu merpati, Hinggap sekejap di tepi paya, Andai bicara mencuit hati, Salah dan silap maafkan saya.
Hadirin dan hadirat, Majlis kita akan berehat seketika dan disambung semula sebentar lagi. Murid-murid boleh memberikan hadiah kepada guru-guru. Assalamualaikum w.b.t |
Kursus Latihan Pengacaraan Majlis
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146
Semoga perkongsian berkenaan teks pengacara Hari Guru ini memberikan manfaat kepada anda semua.