Permohonan Tawaran Tajaan Pengajian Sijil & Diploma Kolej FELCRA

Permohonan Tawaran Tajaan Pengajian Sijil & Diploma Kolej FELCRA

Kolej Felcra

Pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian digalakkan memohon kemasukan ke Kolej FELCRA. Pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh para pelajar.

Pelajar yang berkelayakan dan terpilih bakal mendapat tajaan yuran pengajian secara percuma tertakluk kepada kuota yang ditetapkan.

 

Apa Itu Kolej Felcra

Untuk makluman, Kolej FELCRA ditubuhkan pada tahun 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.

Kolej yang terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan ini ditubuhkan bagi memberi peluang di samping menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCR4 Berhad serta masyarakat luar bandar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

K0lej FELCRA ditubuhkan agar dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu di peringkat serantau di samping memperkembangkan obligasi sosial (CSR) dan imej korporat FELCR4 Berhad selaras dengan motto K0lej FELCRA iaitu ” Membina Masa Hadapan Dengan Pendidikan”.

Kolej Felcra

Bidang Pengajian Di KolejFelcra

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti yang disenaraikan berikut :

  • Diploma Pengurusan Pasca-Tuai
  • Diploma Teknologi Pertanian
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Diploma Pengurusan Amalan Halal
  • Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pra Diploma Perdagangan UiTM
  • Diploma Pengurusan Ladang UiTM
  • Diploma Pengajian Perniagaan UiTM

Syarat-Syarat Umum

Calon perlulah menepati syarat-syarat umum yang telah ditetapkan seperti berikut :

i) Program Sijil

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

ii) Program Diploma

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Cara Memohon Kolej Felcra

Calon yang berminat boleh kemukakan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/xXG6TixEzSWu34Ay9.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan , sila layari laman web https://www.kolejfelcra.edu.my/ atau hubungi talian berikut :

Jabatan Pemasaran: 05-6551575

Anuar: 019-5046086

 

Artikel Lain:  Permohonan Wang Ehsan IPTA

Leave a Comment