SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA): Semak Keputusan Hilang Tarikh Ujian

SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA): Semak Keputusan Hilang Tarikh Ujian

SIJIL DARJAH KHAS AGAMA

Kepada pelajar Negeri Johor yang ingin mengambil Siji Darjah Khas Agama (SDKA), semestinya ingin mengetahui cara perlaksanaannya dan tarkh ujian. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA)

Darjah Khas Agama (SDKA) merupakan sebuah sistem pengajian agama Islam yang hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim yang diperkenalkan secara formal pada tahun 1923 lagi. Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini adalah program lanjutan pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor di bawah Institusi Pendidikan Agama Johor. Pengajian SDKA ini disediakan untuk lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA).

 

TUJUAN SDKA

Sistem pengajian diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

 

OBJEKTIF SDKA

Berikut adalah merupakan objektif pengwujudan SDKA iaitu:

  • Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
  • Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap
  • Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat
  • Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

 

SYARAT KELAYAKAN SDKA

Berikut adalah merupakan syarat yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian dalam sistem Darjah Khas Agama ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
  • Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005
  • Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005 atatu Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

 

TEMPOH PENGAJIAN SDKA

Berikut adalah merupakan tempoh penggajian SDKA ini iaitu:

  • Tempoh penggajian adalah selama setahun (dari bulan Februari hingga November)
  • Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.
  • Hari pengajian bagi SDKA hanyalah 1 hari persekolahan dalam seminggu di mana masa pembelajaran daripada 8 pai hingga 1 tengah hari (5 jam sahaja).

 

TARIKH UJIAN SDKA

Tarikh ujian SDKA  18 hingga 22 Februari 2024

 

SIJIL DARJAH KHAS AGAMA

 

SIJIL DARJAH KHAS AGAMA

SIJIL DARJAH KHAS AGAMA

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SDKA

Kepada para pelajar yang ingin membuat semakan bagi keputusan SDKA, anda boleh menghadiri ke  sekolah masing-masing kerana penyemakan ini hanya boleh dibuat secara manual

 

KEPUTUSAN SDKA HILANG?

Anda boleh dapatkan kembali dengan merujuk ke pejabatan sekolah masing-masing

 

MAKLUMAT LANJUT SIJIL DARJAH KHAS AGAMA

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sijil Darjah Khas Agama (SDKA), anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di pautan https://jainj.johor.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CONTOH SOALAN & JAWAPAN UPKK ONLINE TERKINI

Leave a Comment