nilamjohor.edu.my (Login Nilam Johor Rekod Bacaan Buku)
Murid sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor kini menggunakan platform baru untuk Program Nilam . Platform ini adalah khusus untuk semua murid di negeri Johor sahaja. Anda hanya perlu melayari platform tersebut yang dikenali sebagai NILAM Johor.
Untuk makluman semua, penggunaan platform baru untuk Program NILAM ini bermula pada tahun 2022. Para pelajar tidak lagi perlu mengisi rekod bahan bacan di iQ-NILAM seperti mana yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di negeri lain.
Kami akan kongsikan berkenaan NILAM Johor serta cara pengisian rekod bacaan tersebut.
Apakah Itu NILAM Johor
Satu inisiatif oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai kaedah alternatif bagi memudahkan perekodan aktiviti bacaan NILAM di Negeri Johor
Cara Login Di NILAM JOHOR
Berikut adalah panduan ringkas untuk login laman tersebut:
- Taip URL pautan laman Modul NILAM Johor di : https://nilamjohor.edu.my/ pada browser pelayar web anda.
- Masukkan id delima anda, contoh ID DELIMa anda : [email protected], maka hanya masukkan m-12673482 dan masukkan kata laluan (default) : [email protected]
- Menu modul ini terbahagi kepada 4 menu utama iaitu Profil, Dashboard, Aktiviti Bacaan dan Statistik.
- ID delima masing2 : contoh : m-11065567Password : [email protected] (jangan ubah)
- Murid-murid TIDAK DIGALAKKAN untuk MENUKAR PASSWORD. Guna sahaja yang sedia ada supaya tidak timbul isu lupa password kemudian hari.
- Catat ID delima dan password murid.
- Baca buku/bahan bacaan terlebih dahulu sebelum isi di link yang diberikan.
- Sekiranya line internet tidak stabil, murid-murid boleh catat dahulu bacaan di mana-mana buku catatan.
- Isi di online apabila line telah stabil.
- Untuk Id delima, sila rujuk guru kelas masing2 / guru penyelaras bestari.
Cara Rekod Bacaan Modul NILAM Johor
- Pada menu utama cari dan klik, Aktiviti Bacaan.
- Klik butang Tambah aktiviti bacaan untuk mula merekod bacaan.
- Pilih maklumat Klasifikasi Bahan Bacaan yang terdiri daripada Kategori Bahan dan Kategori Bahasa.
- Taip maklumat Bahan Bacaan seperti Judul, Sinopsis, Pengarang, Penerbit, Tahun terbit dan tarikh baca.
- Selepas selesai membuat pengisian, klik butang Simpan.
- Jika rekod berjaya disimpan, senarai bacaan akan berada di paparan Senarai Bahan yang dibaca, jika sebaliknya semak dan ulang langkah pengisian.
- Untuk membuat suntingan / kemaskini / edit tajuk buku yang telah direkodkan, cari dan saring maklumat judul yang dikehendaki dan klik butang pensil.
- Sebarang rekod maklumat yang telah berjaya disimpan, proses padam hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas dan Admin sekolah sahaja. Oleh itu murid perlu memaklumkan kepada Guru Kelas jika mahu padam rekod bacaan.
Info Lanjut
Bersama-sama ini juga dilampirkan Manual Penggunaan Modul NILAM Johor versi Murid dan FAQ MNJ untuk rujukan bersama. Setiap murid juga telah diberikan Salinan fotostat Modul NILAM ini. (Yg bergilir akan diberi selepas cuti TBC)
Sebarang pertanyaan, sila berhubungan dengan guru kelas/guru mata pelajaran BM & BI masing-masing.
https://nilamjohor.edu.my/
- Manual Penggunaan Versi Murid : https://drive.google.com/…/11OjMlzdR7ugdc…/view…
- FAQ MNJ : https://drive.google.com/…/11Uqm6EOUuTEDYg2B3W7…/view…
- Video tutorial pengisian bacaan (laptop/computer): https://youtu.be/19BzQP0LnKY
- Video tutorial pengisian bacaan (handphone) : https://youtu.be/OxX9XvNR-JI
- Link pengisian bacaan NILAM :https://nilamjohor.edu.my/
Artikel Lain : Cara Mengisi Rekod Bacaan iQ-Nilam
Kenapa links pengisian tidak boleh di buka?
Testing
Nak tukar sekolah anak, sebab dah pindah sekolah.
Macam mana ye?