PTD 2022:CARA MOHON & SEMAKAN JAWATAN KOSONG PENGAWAI TADBIR DIPLOMATIK(400 KEKOSONGAN DITAWARKAN)
Bagi individu yang berminat untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuka pengambilan Kadet PTD sesi 2022.
Individu yang berjaya dan layak menyertai Kadet PTD ini akan mengikuti Kursus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam bagi sesi 2022.
Jumlah kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan PTD 2022 adalah sebanyak 400 kekosongan manakala 50 lagi adalah simpanan.
Permohonan bagi jawatan kosong ini telah dibuka dan akan ditutup pada 7 Jun 2021 iaitu pada hari Isnin jam 11.59 malam.
Baca Juga: ELAUN KHAS BULANAN BKSS 6.0:SEMAKAN KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Ciri-Ciri Keperibadian Pemohon PTD 2022
Untuk menjadi seorang PTD 2022, individu tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti:
- Keterampilan yang baik
- Semangat yang tinggi dan bekerja secara berkumpulan
- Bakat kepimpinan
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan
Baca Juga: CHECK BAKI ASB ONLINE:SEMAKAN BALANCE MyASB & MAYBANK2U
Bidang Tugas PTD 2022
Bidang tugas bagi seorang PTD adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai:
- Pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi
- Sumber kewangan
- Ekonomi
- Pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah
- Perancangan dan pentadbiran sosial
- Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara
- Pengurusan teknologi maklumat
Baca Juga: DanaNITA MARA:CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN WANITA
Gaji Yang Ditawarkan PTD 2022
Individu yang berjaya dilantik sebagai PTD akan menerima jadual gaji seperti berikut
Gaji Minimum | RM2,422.00 |
Gaji Maksimum | RM9,631.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM225.00 |
Baca Juga: TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE:CARA BUAT APPOINTMENT & MUAT TURUN BORANG TRANSAKSI TH ONLIINE
Syarat Lantikan PTD 2022
Individu yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat lantikan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM2,422.00); atau
- ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM2,733.14); atau
- ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM3,044.48);
dan
- Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
- Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ditetapkan.
- Lulus Profession Assessment Centre (PAC) yang ditetapkan.
- Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara dan diperakukan oleh JPA bagi tujuan dilantik sebagai PTD Gred M41.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Pemohon PTD
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Baca Juga: CARA SETTING REMOTE ASTRO(Cara Sambung Dengan TV)
Cara Memohon Jawatan PTD
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/
- Klik bahagian pendaftaran pengguna.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenelan dan kata laluan.
- Isi kesemua maklumat berikut dan klik butang ‘Simpan’ untuk setiap paparan iaitu:
– Maklumat peribadi
– Maklumat kelayakan akademik
– Maklumat sedang berkhidmat
– Maklumat bekas tentera
– Maklumat bukan akademik
– Jawatan dipohon
- Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan klik butang ‘Setuju.’
- Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.
Kepada anak Sarawak,boleh SEMAKAN INSENTIF PTPTN ANAK SARAWAK(PENGURANGAN BAYARAN BALIK 30%)
Maklumat lanjut & Pertanyaan
Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan jawatan kosong PTD 2022, sila adukan kepada ePertanyaan SPA dipautan http://aduan.spa.gov.my atau menghantar email ke [email protected]