CARA KEMASKINI PORTAL MyFUTUREJobs (Update Maklumat Diri/ Mobile Phone Number)

CARA KEMASKINI PORTAL MyFUTUREJobs (Update Maklumat Diri/ Mobile Phone Number)

CARA KEMASKINI PORTAL MyFUTUREJobs (Update Maklumat Diri Mobile Phone Number)

 

Anda telah mendaftar MyFUTUREJobs, namun mungkin belum rezeki untuk mendapatkan kerja. Untuk memudahkan kreatiria kerja anda mudah dipadankan, atau ada perubahan akademik yang ingin anda tambah, anda perlu kemaskini MyFUTUREJobs. Berikut adalah cara untuk kemaskini portal maklumat dalam MyFUTUREJobs.

 

APA YANG PERLU DIKEMASKINI?

 

Mengemaskini maklumat terkini anda adalah penting kerana ianya membantu untuk memudahkan padanan kerja kepada anda dan membuka lebih peluang bagi pencarian kerja. Untuk itu, kemaskini MyFutureJobs anda mengikut maklumat yang betul.

 

 

 

Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu dikemaskini jika ada perubahan :

  • Personal Information
  • CV
  • Desire Jobs
  • Education
  • Training
  • Skills
  • Certificate & Supporting Document

 

 

 

CARA KEMASKINI MyFUTUREJOBS

 

Berikut adalah cara untuk kemaskini MyFUTUREJobs :

  1. Layari portal rasmi MYFutureJobs atau klik pada pautan MYFUTUREJOBS
  2. Klik butang Log Masuk Pekerja.
  3. Masukkan No MyKad anda tanpa (-) contoh 900000000000
  4. Masukkan kata laluan anda dan tekan sign in.
  5. Pada menu pilihan profile, anda boleh pilih mana-mana maklumat yang ingin dikemaskini.
  6. Tekan pada kotak Edit untuk mengemaskini maklumat.
  7. Masukkan maklumat yang terkini.
  8. Untuk memuat naik CV anda yang baharu, sila tekan Remove pada CV yang lama. Kemudian tekan Upload untuk muat naik CV yang baharu.
  9. Pada menu Desire Jobs, anda boleh menambah pengalaman kerja anda yang baru.
  10. Tekan pada kotak Add another experience dan anda boleh menekan logo sampah jika ingin membuang yang lama.
  11. Pada bahagian Education, sila kemaskini jika ada perubahan seperti maklumat Pendidikan, Bahasa, dan lesen memandu.
  12. Sila tekan pada butang pensel untuk kemaskini dan logo sampah untuk memadam maklumat.
  13. Apabila anda membuat kemaskini maklumat, sila masukkan maklumat berkaitan pada bahagian Certificate and Supporting Document untuk menyokong kemaskini maklumat yang anda buat.
  14. Setelah selesai klik pada butang Continue to References dan Kembali ke Profile anda.
  15. Diharapkan anda membuat kemaskini MyFUTUREJobs untuk membolehkan padanan kerja anda lebih cepat dan tepat.

 

 

 

SOALAN LAZIM

 

Perlukah saya kemaskini MyFUTUREJobs jika saya mempunyai kemahiran Bahasa yang baharu?

Perlu, kemahiran bahasa amat penting dan antara kretiria yang dinilai bagi pekerja dan majikan.

 

Apakah perlu saya lakukan jika terlupa kata laluan MyFUTUREJobs?

Pada paparan sign in, sila tekan butang Forgot your password? Dan anda akan diminta untuk memasukkan nombor IC. Kemudian anda akan diberikan arahan untuk memasukkan kata laluan yang baharu.

 

Saya telah kehilangan kerja. Adakah program yang ditawarkan oleh MyFUTUREJobs untuk membanu saya?

Anda boleh menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula. Syarat kelayakan adalah seseorang itu mestilah boleh dan bersedia untuk bekerja dan mecari pekerjaan secara aktif seperti yang termaktub dibawah Seksyen 44(2)(b) Akta SIP.

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Jika anda ingin membuat pertanyaan lanjut, sila hubungi MyFUTUREJobs melalui Talian Khidmat Pelanggan di 1 300 22 8000 atau melalui emel ke [email protected] atau melalui pejabat PERKESO terdekat.

 

Artikel Lain

Permohonan Waktu Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955)

6 thoughts on “CARA KEMASKINI PORTAL MyFUTUREJobs (Update Maklumat Diri/ Mobile Phone Number)”

Leave a Comment