STEM Maksud Kelebihan Mata Pelajaran

STEM Maksud Kelebihan Mata Pelajaran

STEM merujuk kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik yang termasuk dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Secara lebih terperinci, STEM ialah satu bidang pembelajaran dalam sistem pendidikan dari peringkat rendah hingga menengah dan seterusnya di peringkat pengajian tinggi, yang merangkumi disiplin seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer.

Untuk meningkatkan minat serta penguasaan pelajar dalam bidang ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan panduan khusus yang berkaitan.

PendidikanSTEM menekankan pembelajaran yang bersepadu dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik dengan mengaplikasikannya dalam konteks dunia nyata. Ia bertujuan untuk menghubungkan institusi pendidikan, komuniti, dan industri bagi melahirkan bakat serta masyarakat yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

STEM adalah penting sebagai asas bagi pelajar menghadapi cabaran serta saingan di peringkat global. Banyak negara maju menitikberatkan STEM kerana ia merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat dan merupakan penyumbang kepada kemajuan ekonomi di masa hadapan.

Dalam sistem pendidikan Malaysia, pelajar menengah atas diberi peluang untuk memilih aliran mengikut minat, antaranya aliran STEM. Bagi pelajar yang memilih aliran ini, mereka ditawarkan pakej mata pelajaran yang berfokus kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik, sebagaimana yang diatur oleh surat siaran KPM Bil 1 Tahun 2021.

Senarai mata pelajaran elektif STEMtermasuk Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Sains Tambahan, Grafik Komunikasi Teknikal, Asas Kelestarian, dan Sains Komputer, serta pelbagai mata pelajaran vokasional.

KPM telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memperkuatkan pendidikanSTEM, seperti melaksanakan pembelajaran yang bermakna, meningkatkan kompetensi guru dan pemimpin sekolah, serta memperkasa aktiviti kokurikulum dalam bidang STEM. Langkah ini turut merangkumi penyediaan ruang pembelajaran yang inklusif serta menggalakkan kerjasama strategik untuk melestarikan ekosistem STEM.

Sumber: https://www.moe.gov.my/pendidikan-sains-teknologi-kejuruteraan-dan-matematik

Artikel Lain > TVET MARA PERMOHONAN IKM KKTM MJII

Leave a Comment