PROGRAM JOM BACA (Tarikh Contoh Pelaksanaan)

“JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT”

PROGRAM JOM BACA

Perpustakaan Negara Malaysia selaku Urus Setia Gerakan Membaca Kebangsaan telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan keilmuan di seluruh negara antaranya ialah Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit”. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh & contoh pelaksanaannya, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM JOM BACA

Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” yang mula diadakan pada tahun 2014 bermatlamat agar masyarakat Malaysia sebati dengan budaya membaca, seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup.

Berdasarkan laporan World’s Most Literate Nation, Malaysia berada pada kedudukan ke-53 dalam senarai negara membaca. Maka itu, seharusnya usaha ini diangkat sebagai agenda penting dalam pembangunan negara dan perlu dijadikan fokus utama dalam usaha mentransformasikan pemikiran rakyat supaya cinta akan buku agar dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya membaca dan berilmu.

 

OBJEKTIF PROGRAM JOM BACA

Program ini diadakan adalah bagi mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan

Aktiviti ini diharap dapat menyemai minat rakyat Malaysia dalam menjadikan tabiat membaca sebagai amalan harian bagi meningkatkan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca adalah satu amalan yang terpuji dan telah dibuktikan bahawa bangsa yang suka membaca adalah bangsa yang berjaya. Saban tahun kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar untuk mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat ini.

 

TARIKH PROGRAM JOM BACA

Program ini akan diadakan pada 23 April setiap tahun bersempenan dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada tarikh

 

CARA PERLAKSANAAN PROGRAM JOM BACA

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes  (LRT) merupakan langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat kearah minat membaca sekali gus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri di Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10minit. Program ini merupakan langkah ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia,mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi

 

CONTOH PELAKSANAAN PERINGKAT SEKOLAH

Sebagai perlaksanaan program di peringkat sekolah akan melibatkan semua guru dan murid pra sekolah hingga tahun 6. Sehari sebelum program semua murid dan guru juga diberi taklimat tentang program ‘Jam Baca Untuk 10 Minit’ ini. Semua murid dan guru digalakkan untuk membawa buku untuk bacaan masing-masing dan perpustakaan sekolah juga menyediakan bahan bacaan untuk perlaksaan program ini.

Pada pagi program semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk perlaksanaan program ‘Jam Baca Untuk 10 Minit’ ini. Program ini telah dijalankan di tahun 6 bersama semua guru. Selain itu, bilik guru sekolah juga disediakan dengan bahan bacaan untuk para guru dan staf sokongan untuk mengikuti bacaan sepanjang program ini.

Program ini dilaksanakan secara serentak pada jam 11.00 pagi dan dijalankan sampai pukul 11.10 pagi dimana loceng mengakhiri program juga dibunyikan. Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. ’10 Minutes ReadTogether’ atau ‘10 Minit Membaca Bersama’ ini dapat merangsang minat murid untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai pelbagai perkara melalui pembacaan

 

CONTOH PELAKSANAAN PELBAGAI AGENSI

Semua individu, pejabat, persatuan dan komuniti digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit. Pihak yang terlibat juga dialu-alukan untuk menghantar gambar atau video masing-masing dalam media sosial bagi menyemarakkan program ini.

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment