PERMOHONAN BARU E-VETTING(Cara Daftar Tapisan Keselamatan)
Sebagai seorang bakal atau penjawat awam, anda bertanggungjawab untuk melepasi proses e-vetting atau tapisan keselamatan. Kewajiban ini adalah salah satu cara mengesan dan memastikan setiap penjawat awam tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.
Panduan Mudah Mengisi Borang E-Vetting ini boleh digunakan oleh pengguna yang akan mendaftarkan pekerja dalam sistem. E vetting ini bertujuan untuk membuat tapisan keselamatan terhadap Sasaran Penting yang dimiliki oleh pihak kerajaan dan pihak swasta yang berkaitan sahaja.
Bagaimana cara daftar, log masuk dan membuat permohonan dalam e-vetting? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU E-VETTING
e-Vetting ialah Tapisan Keselamatan oleh Kerajaan Malaysia secara atas talian. Tapisan Keselamatan adalah satu proses yang dapat membantu menentang kegiatan-kegiatan subversif, espionaj, sabotaj dan keganasan sama ada dari dalam atau luar negara. Proses ini mampu mengenal pasti kelemahan keperibadian pegawai awam yang memungkinkan mereka terlibat dengan pendedahan maklumat rahsia rasmi.
Pemohon boleh menggunakan sistem e-Vetting untuk membuat:
- Permohonan Baru
- Pertanyaan Status
- Maklumbalas Pelanggan
CARA DAFTAR PERMOHONAN BARU E-VETTING
Menu Daftar Pengguna Baru hanya untuk pengguna bagi kategori Pemohon Individu dan Pemohon Syarikat / Jabatan bagi permohonan berkelompok sahaja. Bagi Pengesah Jabatan tidak perlu melalui langkah ini.. Berikut adalah merupakan cara daftar:
- Layari pautan e-Vetiing 2.0: https://evetting.cgso.gov.my/cgso
- Pada paparan menu, klik butang pautan Daftar untuk mendaftar akaun pengguna baru.
- Sila pilih Jenis Pendaftaran
- Sila pilih Jenis ID.
- Sila Masukkan ID Pengguna, Nama, Emel dan Masukkan Imej “CAPTCHA” dalam medan yang disediakan(Pastikan Nama dan ID Pengguna seperti di Kad Pengenalan Baru atau Pasport).
- Klik butang Daftar untuk menghantar borang permohonan dan meneruskan proses daftar. Mesej “Pendaftaran Pengguna berjaya dihantar. Sila semak emel anda.” akan dipaparkan.
- Pemohon boleh menyemak emel pendaftaran sama ada pendaftaran Berjaya atau Gagal.
- Jika berjaya pemohon boleh Log Masuk ke Sistem e-Vetting dan membuat permohonan baru. Jika gagal, sila buat pendaftaran semula
CARA LOGIN PERMOHONAN BARU E-VETTING
Seterusnya adalah penerangan terperinci bagaimana untuk Log Masuk ke Sistem e-Vetting. Berikut adalah caranya:
- Layari pautan e-Vetiing 2.0: https://evetting.cgso.gov.my/cgso
- Pada paparan menu, klik butang pautan Log Masuk.
- Pilih Jenis Pengguna.(Jika Pemohon, pilih Pemohon Individu atau Pemohon Syarikat/ Jabatan; Jika Pengesah Jabatan, pilih Pengesah Jabatan)
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan (Seperti yang diterima melalui emel) ke dalam medan yang disediakan.
- Klik butang Log Masuk.
- Selesai
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU E-VETTING
Berikut adalah cara membuat permohonan tapisan keselematan:
- Layari pautan e-Vetiing 2.0: https://evetting.cgso.gov.my/cgso
- Log masuk akaun anda
- Setelah Log Masuk ke akaun anda, klik pada Permohonan Baru
- Anda dikehendaki mengisi butiran maklumat pada syeksen berikut:
- Maklumat Profil
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Pasangan
- Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga
- Maklumat Adik Beradik
- Maklumat Pekerjaan
- Maklumat Badan Persatuan, NGO,Pertubuhan, Kesatuan yang pernah disertai
- Maklumat Negara Luar Yang Pernah Dilawati sejak 3 Tahun yang Lalu
- Maklumat Latihan ala Ketenteraan / kepolisan di Dalam / Luar Negara
- Maklumat 2 orang Pengadil Peribadi
- Maklumat Kesalahan
- Klik pada simpan jika masih belum mahu hantar
- Jika sudah bersedia, tekan butang simpan dan hantar
- Selesai
NOTA: Permohonan akan bergantung kepada Jenis Jawatan dan Jenis Borang yang diisi samada
jawatan itu tergolong dalam Tapisan Kasar atau Halus
SOALAN LAZIM
Apakah perbezaan tapisan kasar dan tapisan halus?
- Bagi tapisan kasar Seksyen Borang Yang Perlu Diisi:
- Maklumat Profil
- Maklumat Perjawatan
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Pasangan
- Kesalahan yang menyalahi undangundang
- Perakuan
- Bagi tapisan halus Seksyen Borang Yang Perlu Diisi:
- Perlu Mengisi Semua Seksyen
Apakah cara untuk menyemak status permohonan baru e-vetting saya?
Proses semak Kembali status permohonan adalahdengan klik pada butang ‘Pertanyaan Status’ dan dengan klik butang ‘Cari’ untuk melihat status semasa permohonan anda.
Apakah yang patut saya lakukan jika saya terlupa kata laluan akaun e-Vetting saya?
Jangan risau, anda boleh mendapatkan kembali kata laluan dengan klik “Lupa Kata Laluan” di paparan log masuk utama. Sebaik sahaja anda menghantar maklumat yang diminta, kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel yang diberikan.
Artikel Lain: Contoh surat permohonan rasmi
Permohonan saya dalam proses dari Julai tahun lepas. Setiap kali call nombor yg diberikan, tak pernah berangkat. Tahu tak macam mana nak settle permohonan saya yg sentiasa “dalam proses” ni ye?
Nombor telefon ada dua sahaja. tapi satu tiada dalam perkhidmatan. lagi satu tidak pernah diangkat. tak tahu lah.. orang yang bekerja tu selalu tak de kat tempatnya ataupun malas nak jawab telefon.
Saya bekerja di petronas methanol labuan. Saya di beritahu saya di banned..harus ke IPD berdekatan untuk memohon surat pelepasan agar saya boleh bekerja semula di petronas methanol labuan. Apakah harus saya lakukan.?
selamat ptg
wakil dari seorang sahabat, ingin bertanya
sahabat sy pernah ada rekod jenayah sebelum dilantik menjadi penjawat awam. bagaimanapun kes beliau berlarutan dan sudahpun selesai tetapi selesai itu pada waktu dia telah dilantik menjadi penjawat awam. adakah akan ada kesan pada kerjaya beliau memandangkan kejadian jenayah itu berlaku sebelum beliau dilantik menjadi penjawat awam.