Baucar Buku 2024 Cara Tebus RM100 Guna DELIMA KPM

Baucar Buku 2024 Cara Tebus RM100 Guna DELIMA KPM

Baucar Buku

Kerajaan Madani telah mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dari Tahun 4 ke atas, pelajar sekolah menengah, dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Baucar tersebut boleh digunakan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang berlangsung bermula pukul 2.00 petang esok.

Tujuan pemberian baucarbuku ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar, meransang industri buku tempatan, serta membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan pelajar dalam mendapatkan bahan bacaan yang sesuai.

Pada tahun sebelumnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Perpustakaan Negara Malaysia dan industri buku Malaysia telah memperkenalkan program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) dengan nilai RM10. Sebelum itu, pada tahun 2017, pelajar pra-universiti dan IPT seluruh negara telah diberi Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250.

Baucarbuku RM100 ini boleh digunakan di PBAKL 2024 mulai jam 2.00 petang esok. Kelayakan penebusan baucar ini melibatkan pelajar dari Tahun Empat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan IPT.

Senarai buku yang boleh dibeli menggunakan baucar ini akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk buku-buku klasik dan novel oleh sasterawan terkemuka seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, atau Datuk Mohd Anwar Ridhwan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi atau Facebook PBAKL, KPM, KPT, dan Kementerian Kewangan.

PBAKL 2024 diadakan bermula 24 Mei hingga 2 Jun dengan jadual operasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, dijangka menarik kehadiran 1.5 juta pengunjung.

Tarikh Penebusan Baucar Diskaun Buku

  • Tarikh Bermula : 31 Mei 2024
  • Tarikh Tamat :

Syarat Penebusan BaucarBuku

  • akan dikemaskini

Cara Penebusan BaucarBuku

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
6. Proses selesai.

1 thought on “Baucar Buku 2024 Cara Tebus RM100 Guna DELIMA KPM”

Leave a Comment