Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SRA JAWI ( Sesi 2023)
Permohonan kemasukan SRA Jawi: kemasukan murid tahun 1 sesi 2023 Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAW1)
Dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAW1) telah membuka permohonan pendaftaran SRA Jawi tahun 1 sesi 2023.
Apakah SRA JAWI?
Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kuala Lumpur ialah merupakan sekolah di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAW1).
Sekolah ini dibuka adalah dengan permintaan dari masyarakat setempat yang menginginkan anak-anak di bawah jagaan mereka mendapat didikan agama khususnya dalam menghadapi berbagai cabaran yang mendatang.
Dengan segala kemudahan insfrastuktur dan prasarana yang lengkap membuatkan sekolah ini sentiasa menjadi pilihan ibubapa.
Tarikh Permohonan Kemasukan SRA Jawi
ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke SRA JAWI boleh dibuat mulai 1 April 2022 sehingga 25 April 2022 secara atas talian.
Cara Permohonan / Pendaftaran SRA Jawi Online
Untuk membuat permohonan, ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeNopokjoj-oT9zkZzSXe9hSsZnZKi30ymsonJ0EYNIqkU9cA/viewform?fbclid=IwAR19zkvrghCIzEUSvLo8F92K6JHfaY0X9-hW-YwjZhFNogiptdgbyDYMP7E.
- Isi maklumat permohonan yang ditetapkan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
- Setelah semua maklumat diisi, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan kemasukan ke SRA JAWI bagi Tahun 1 2023 akan dikeluarkan pada 16 Mei hingga 20 Mei 2022.
Ini selepas pihak JAWI mengadakan Bengkel Pemilihan Murid Tahun 1 oleh JK Pemilihan Pentadbiran SRA pada 25 sehingga 30 April 2022
Pihak sekolah akan mengeluarkan keputusan permohonan pendaftaran sama ada berjaya atau tidak melalui email yang telah didaftarkan oleh ibu bapa/penjaga.
Pengesahan Pendaftaran
Bagi permohonan yang berjaya, ibu bapa perlu membuat pengesahan pendaftaran di pejabat sekolah pada 1 Jun sehingga 18 Jun 2022.
Ibu bapa perlu membawa dokumen berikut semasa membuat pengesahan pendaftaran:
- Salinan Sijil Lahir anak (1 keping)
- Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/Penjaga (1 keping)
- Salinan surat nikah/surat cerai ibubapa.
- Salinan bil utiliti (letrik, air untuk bukti tempat tinggal).
- Laporan kesihatan doktor (jika berkaitan) dan 3 keping gambar anak berukuran passport.
Senarai SRA
Senarai Sekolah Rendah Agama JAWI boleh dilihat di pautan ini:
Dokumen Diperlukan Pendaftaran SRA Jaw1
Dokumen yang perlu disertakan semasa pengesahan pendaftaran adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Lahir anak
- Salinan Sijil Lahir anak (1 keping)
- Salinan Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga (1 keping)
- Salinan surat nikah/surat cerai ibubapa
- Salinan bil utiliti (letrik, air untuk bukti tempat tinggal).
- Laporan kesihatan doktor (jika berkaitan)
- 3 keping anak gambar berukuran passport.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi JAWI di:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur
Tel: 03-22749333
Faks: 03-22731575
Emel: aduan [at] jawi [dot] gov [dot] my
Baca Juga: APDM 2021:Tutorial Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM