KALENDAR ISLAM 2024 2025(Tarikh Penting Bulan Islam)

KALENDAR ISLAM 2024 2025(Tarikh Penting Bulan Islam)

KALENDAR ISLAM

Kami akan kongsikan kalendar Islam dan tarikh-tarikh penting dalam islam bagi tahun 2024 dan 2025. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan. Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.

Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari). Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian. Kami akan kongsikan kalendar Islam kepada anda semua.

Kalendar Miladiah

Kalendar Miladiah juga dikenali sebagai calendar Masihi. Ia dikira berasaskan pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu tahun Masihi mengambil masa selama 365 hari atau 366 hari. Permulaan tahun adalah bermula bulan Januari sehingga bula Disember.

Kalendar Hijriah

Kalendar Hijriah ialah calendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari. Tahun baru dalam calendar Hijriah bermula pada bula Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

Makna Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam

Berikut adalah merupakan keterangan tarikh-tarikh penting dalam Islam iaitu:

Israk MikrajPeristiwa Israk merupakan perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil, manakala peristiwa Mikraj pula perjalanan Rasulullah naik ke langit dengan ditemani malaikat Jibrail dan bertemu Allah.
Awal RamadanUmat Islam tentu lebih teruja menjalani hari pertama ibadah puasa bagi Umat Islam di seluruh Negara.
Nuzul al-QuranNuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.
Hari Raya AidilfitriHari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Awal ZulhijjahTerdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud 10 hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.
Hari Raya AidiladhaHari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.
Maal Hijrah / Tahun Baru IslamHijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada Allah dan syariatNya
Maulidur RasulMengikut kalendar Islam, 12 Rabiulawal merupakan Maulidur Rasul atau hari keputeraan baginda SAW iaitu penghulu sekalian nabi dan rasul. Menjadi kelaziman kita menyambut Maulidur Rasul pada setiap tahun sebagai menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

 

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024/ 1445-1446 Hijriah

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 Rejab 144518 Februari 2024Israk dan Mikraj
* 1 Ramadan 144512 Mac 2024Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144528 Mac 2024Nuzul al-Quran
* 1 Syawal 144510 April 2024Hari Raya Puasa /Aidilfitri
1 Zulhijjah 14458 Jun 2024Awal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah 144517 Jun 2024Hari Raya Korban /Aidiladha
1 Muharam 14467 Julai 2024Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144616 September 2024Maulidur Rasul

*Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Malaysia.

Semoga dengan perkongsian kalendar Islam ini dapat membantu anda merancang aktiviti dan melaksanakan ibadah dengan baik. Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi JAKIM

 

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2025/ 1446-1447 Hijriah

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 Rejab 144627 Januari 2025Israk dan Mikraj
* 1 Ramadan 14462 Mac 2025*Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144618 Mac 2025Nuzul al-Quran
* 1 Syawal 144631 Mac 2025*Hari Raya Puasa /Aidilfitri
1 Zulhijjah 1446 29 Mei 2025Awal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah 14467 Jun 2025*Hari Raya Korban /Aidiladha
1 Muharam 144727 Jun 2025Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14475 September 2025Maulidur Rasul

*Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Malaysia.

Semoga dengan perkongsian kalendar Islam ini dapat membantu anda merancang aktiviti dan melaksanakan ibadah dengan baik. Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi JAKIM

 

ARTIKEL LAIN:

3 thoughts on “KALENDAR ISLAM 2024 2025(Tarikh Penting Bulan Islam)”

Leave a Comment